Buletin

APA SEBAB SALUT TAHI LEMBU PADA KENDERAAN?

Masyarakat negara India gemar mencuba perkara dan pendekatan baharu.

Terbaharu, satu trend menyalut kenderaan menggunakan tahi lembu menjadi viral di media sosial dengan pelbagai alasan diberikan terhadap kaedah tersebut.

Antara alasan popular adalah untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan sejuk. Kalau berani cuba laa tengok betul ke tidak?

Salah satu kenderaan yang menjadi ‘eksperimen’ tersebut merupakan Hyundai i20 di ruang parkir, Tirumala.

Biarpun, tidak dapat dipastikan pemilik kenderaan terbabit tetapi ia menjadi perhatian khalayak sehingga mengabadikan melalui petikan gambar diambil mereka.

Dalam pada itu, seorang doktor dikenali sebagai Navnath Dudhal dari Kolhapur mendakwa tindakan tersebut mampu merawat kanser dan penyakit lain di dalam badan pesakit.

Dia mempromosikan kaedah itu dengan menyalut tahi lembu pada Toyota Inova kepada para tetamu yang menghadiri majlis perkahwinannya.

Dudhal turut memiliki jentera Mahindra XUV500 yang disalut sebanyak tiga lapisan tahi lembu.

Dia yang berkhidmat sebagai doktor di Hospital Kanser Tata, Mumbai mendakwa terpanggil untuk menggunakan idea tersebut apabila kerap kali menjalankan ujikaji keberkesanan air kencing lembu terhadap pesakit kanser.

Sehingga kini, tidak ada kajian membuktikan penggunaan tahi lembu mampu menyejukkan kenderaan. –cartoq

Google ads
Back to top button