Artikel PilihanBuletin

APA YANG KAMI SUKA DENGAN RIMAC NEVERA? EV PALING POWER

Biasa bila kita sebut pasal EV, kami kurang berminat kerana ada beberapa isu teknikal seperti jarak perjalanan yang terhad, masa pengecasan yang lama, rekaan yang agak pelik dan harga yang mahal. Namun bila Rimac memperkenalkan Nevera yang satu ketika dulu dikenali sebagai Rimac C Two, pandangan kami berubah.

Nevera boleh ditakrifkan sebagai sebuah hypercar elektrik kerana prestasi yang dipamerkan sangat luar biasa. Kami senaraikan beberapa ciri menarik Nevera yang membuatkan mulut anda terngaga.

1. Pecutan berkuasa – dengan kuasa setinggi 1914 kuasa kuda dan 2359Nm tork dari 0 RPM, ia membolehkan Rimac memecut dari 0-100km/j dalam masa 1.8 saat sahaja, dan mencapai kelajuan 160km/j dalam masa 4.3 saat. Halaju maksima Nevera pula mencecah 415km/j, sangat laju untuk sebuah EV

Nevera berjaya mencapai pecutan maksimum ini dengan sistem Rimac All Wheel Torque Vectoring 2, dengan sentiasa mengira berapa tork maksima yang diperlukan setiap saat bagi menghantar tork dengan tepat pada semua tayar setiap masa samaada di jalan lurus atau di selekoh

2. Brek berkuasa tinggi – bagi memastikan Nevera membrek dengan pantas, ia menggunakan sistem brek electro-hydraulic yang akan membrek dengan bantuan brek konsional pada tayar atau menggunakan sistem regeneratif brek bagi menjana semula tenaga elektrik.

Sistem ini boleh memilih untuk menggunakan salah satu sistem atau menggabungkan kedua dua sistem dalam satu masa. Bagi sistem brek konvensional, Nevera menggunakan brek Brembo CCMR karbon seramik dan 6 piston bagi setiap caliper bagi kuasa pemberhentian maksimum.

3. Suspensi dengan teknologi AI – suspensi depan dan belakang Nevera menggunakan rekaan double wishbone bersama dengan penyerap hentakan yang dikawal secara elektronik bagi menyelaraskan ketinggian Nevera, menghasilkan mode pemanduan Sport dan juga Drift

Sistem ini dikawal dengan pemprosessan NVIDIA Pegasus yang menerima dan memproses data dari 12 sensor ultrasonic, 13 kamera dan 6 radar yang akan memberikan panduan kepada pemandu bagi mengikuti laluan perlumbaan di litar, poin membrek dan memecut. Sistem ini dipanggil Driver Coach.

4. Rekaan dalaman mewah – tapi pada masa yang sama boleh menggambarkan Nevera adalah sebuah EV prestasi tinggi. Ia dipasang dengan 3 skrin TFT, meter digital, suis pemilihan mode pemanduan aluminium dan satu skrin telemetri bagi menunjukkan keadaan semasa kenderaan. Kusyen bucket perlumbaan Nevera pula dibalut dengan kulit berkualiti tinggo

5. Cesi yang kuat – dihasilkan dengan menggabungkan 2200 lembaran gentian karbon dan 222 kepingan aluminium. Kerangka Rimac yang terdiri daripada bumbung, pek perlindungan bateri dan struktur bahagian belakang merupakan struktur gentian karbon paling besar pernah dihasilkan dalam sektor automotif

Kerangka ini memiliki ketegaran torsional 70,000Nm/degree akan melindungi bateri daripada impak kemalangan bagi mengelakkan berlakunya kebakaran

6. Aerodinamik aktif- digunakan untuk memberikan prestasi yang lebih baik, kestabilan dan penyejukan sistem brek serta bateri. Profil hud depan, underbody flap, rear diffuser dan spoiler akan dikawal secara automatik dari high doownforce kepada low drag mode.

Ini memberikan kelebihan pada pengurangan drag sebanyak 17.5% pada low drag mode, dan meningkatkan drag sehingga 3 kali ganda jika keadaan pemanduan diperlukan. Nevera adalah 34% lebih cekap dalam aerodinamik berbanding dengan model konsep C Two.

7. Bateri berbentuk H – supaya berat keseluruhan abteri diagihkan sama rata pada keempat-empat tayar. Dari segi agihan berat berada 48% di depan dan 52% di bahagian belakang. Sebanyak 6960 sel bateri Lithium Manganese Nickel yang digunakan akan menghasilkan 37% ketegaran pada cesi.

Bateri ini akan disejukkan bagi prestasi yang optimum dan menyimpan sebanyak 1.4MW kuasa, setara dengan sebuah janakuasa kecil. Kuasa ini membolehkan Nevera dipandu sejauh 547km dan dengan sistem pengecasan pantas, Nevera boleh dicas sehingga kapasiti 80% dalam masa 19 minit.

Google ads
Back to top button