
iCAUR PERLUAS RANGKAIAN, RASMI ENAM PUSAT JUALAN BAHARU
iCAUR Malaysia terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran tempatan menerusi pembukaan enam pusat jualan dan perkhidmatan baharu di Wilayah Tengah, Johor serta Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan rangkaiannya sebanyak 28 lokasi di seluruh negara.
Pembukaan itu melibatkan pusat iCAUR KL North, Setia Alam, Rawang, Kluang, Miri dan Kuching, sekali gus memberikan kemudahan lebih baik kepada pelanggan untuk mendapatkan maklumat, menjalani pandu uji serta mengakses perkhidmatan selepas jualan.
Kesemua pusat baharu berkenaan dibangunkan dengan konsep 3S dan 4S yang menggabungkan kemudahan jualan, servis serta alat ganti.

Pendekatan itu turut membawa identiti Born to Play iCAUR yang mengetengahkan gabungan dunia automotif dan gaya hidup.
Antara kemudahan disediakan termasuk ruang santai pelanggan dengan konsol permainan video dan makanan ringan, ruang pengubahsuaian kenderaan, perkhidmatan balutan badan kenderaan (car wrapping) serta pameran aksesori perkhemahan.
Selain itu, pusat iCAUR Rawang turut beroperasi sebagai fasiliti 4S yang menyediakan perkhidmatan baik pulih dan mengecat kenderaan, menjadikannya pusat sehenti bagi keperluan pemilik.

Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin, berkata peluasan rangkaian itu mencerminkan komitmen syarikat untuk memastikan pelanggan mendapat akses lebih mudah kepada kemudahan jualan dan sokongan selepas pembelian.
Menurutnya, pertambahan pusat berkenaan juga didorong oleh kepercayaan serta sokongan pelanggan terhadap jenama itu sejak memasuki pasaran Malaysia.
Beliau berkata iCAUR akan terus memperluas rangkaiannya ke lebih banyak lokasi seiring peningkatan jumlah pelanggan, selain memastikan pengalaman pemilikan kenderaan yang berkualiti dapat dinikmati di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan, iCAUR turut menawarkan peluang kepada orang ramai untuk memandu uji kenderaannya dan memenangi hadiah bernilai sehingga RM11,000 menerusi kempen yang berlangsung sehingga 30 November 2026.
Acara hujung minggu pada 14 dan 15 November ini turut menyediakan aktiviti pandu uji serta jamuan ringan di pusat jualan terpilih.

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi www.icaur.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mencari pusat jualan iCAUR berhampiran.





