Buletin

ANCAMAN ‘BOM KERETA’ SEBELUM AKSI EURO 2020 ITALI VS SWITZERLAND

Pihak berkuasa menerima laporan mengenai sebuah kereta didakwa mengandungi bom berhampiran Stadio Olimpico sebelum perlawanan Euro 2020 antara Itali dan Switzerland.

Peranti itu terletak berhampiran kawasan Piazza Mancini beberapa kilometer dari lokasi perlawanan selepas pihak polis menerima laporan berhubung objek mencurigakan kira-kira pada pukul 6 petang.

Menurut laporan DailyMail, objek dipercayai bom itu ditemukan dalam kereta milik Marco Andrea Doria, seorang presiden syarikat pembangunan semula taman dan villa bersejarah di Rom.

Media tempatan melaporkan, pihak polis telah melakukan sekatan jalan-jalan di kawasan.

Melalui rakaman video, kereta berkenaan dikelilingi pihak berkuasa dan kelihatan sekumpulan pasukan bom memeriksa kenderaan itu untuk mematikan peranti tersebut.

Difahamkan, objek berkenaan terdiri daripada silinder senjata api dengan diselaputi pelindung serta kabel elektrik.

Pihak berkuasa berjaya mematikan objek berkenaan dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

Bagaimanapun, tiada pengesahahan sama ada objek berkenaan merupakan bom ataupun sebaliknya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi memandang serius situasi itu dengan menulis di Twitter beliau ‘bersolidariti’ dengan Doria ketika siasatan diteruskan.

Itali berjaya menundukkan Switzerland dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan itu sekali gus menjadi pasukan pertama menempah slot ke pusingan 16 terakhir Euro 2020. –Daily Mail

Google ads
Back to top button