Buletin

ASPARK SP600 LEBUR REKOD HYPERCAR RIMAC NEVERA DI AUTOMOTIVE TESTING PAPENBURG (ATP)

Baru-baru ini, jenama yang kurang dikenali, Aspark, telah mencabar dan menewaskan rekod kelajuan hypercar Rimac Nevera dengan model terbarunya, SP600.

Model ini berjaya mencapai kelajuan luar biasa 438.7km/j mengikut alat pengukur Racelogic V-Box, sekali gus memecahkan rekod Nevera sebanyak 16.6mph.

Dibuat di Itali oleh Manifattura Automobili Torino (M.A.T.), Aspark SP600 didorong ke hadnya di ATP proving ground di Papenburg, Jerman.

Litar ujian ini terkenal dengan dua laluan lurus sepanjang 2.4 batu yang membolehkan kereta hypercar menguji kelajuan maksimumnya. Tempat ini juga merupakan lokasi di mana Nevera mencatatkan rekod kelajuan terdahulu pada tahun 2022 dan 23 rekod tambahan pada tahun berikutnya.

Sebelum mencapai rekod ini, SP600 telah mencatatkan kelajuan 261.4mph dan 267.1mph, yang sudah pun mengatasi Nevera.

Di belakang stereng kereta elektrik terpantas ini ialah Marc Basseng, pemandu perlumbaan Jerman berusia 45 tahun yang pernah mencatatkan rekod pusingan Nürburgring pada tahun 2010 dengan Pagani Zonda R, menamatkan pusingan dalam masa 6 minit 47 saat.

Rekod pusingan ini kemudiannya dipecahkan oleh kereta lain, dan kini dipegang oleh AMG One dengan masa 6:35.

Pada tahun 2012, Basseng juga memenangi perlumbaan ketahanan 24 jam dengan memandu Audi R8 LMS ultra.

Maklumat terperinci mengenai Aspark SP600 belum didedahkan, tetapi ia disebut sebagai kenderaan yang dibangunkan sepenuhnya baru dan bukannya variasi model Owl sebelum ini.

Ciri-ciri lain adalah dilengkapi dengan tayar khusus Bridgestone Potenza Race, ketiadaan cermin sisi untuk mengurangkan seretan dan meningkatkan kelajuan.

Untuk rekod, kereta ini direka serta dibina oleh M.A.T. di Torino, Itali, di mana ia menjalani ujian maya dan fizikal serta pengoptimuman aero dalam terowong angin.

Jika nama M.A.T. kurang dikenali, ia adalah syarikat di sebalik Apollo Intensa Emozione (IE) dan Scuderia Cameron Glickenhaus’ SCG003C dan SCG003S. Model Aspark Owl sebelumnya diiklankan dengan kelajuan maksimum 257mph, iaitu 15.6mph lebih rendah daripada SP600 baharu ini.

Dibangunkan bersama M.A.T., hypercar elektrik lama ini mempunyai sistem quad-motor dengan 1,953hp dan 1,416 lb-ft tork.

Walaupun SP600 lebih pantas daripada Bugatti Veyron Super Sport yang mencapai 267.8mph, ia masih ketinggalan di belakang Chiron Super Sport yang mencatatkan 304.7mph.

Koenigsegg merancang untuk menguji Jesko Absolut akhir tahun ini dan melihat jika ia dapat mencapai kelajuan yang diiklankan iaitu 330mph.

Dalam pada masa sama, Hennessey juga percaya Venom F5 mereka mampu melepasi halangan 300mph.

Google ads
Back to top button