Buletin

TORSUS PRAETORIAN – INI BARULAH BAS 4X4 SEBENAR

Pengeluar kenderaan kerja berat (heavy duty) yang berpangkalan dari Republik Czech telah memperkenalkan sebuah bas 4×4 kerja berat, TORSUS PRAETORIAN TG3 versi 2024 yang telah dipertingkatkan keupayaannya.

TORSUS PRAETORIAN ini adalah generasi ketiga yang telah diperkenalkan oleh firma yang diasaskan oleh Vakhtang Dzukashvili dan Yulia Khomich yang berasal dari Ukraine untuk membentuk TORSUS yang cukup dikenali sebagai pengeluar kenderaan kerja berat ini

Dan generasi baharu bas 4×4 TORSUS PRAETORIAN ini telah pun diberikan kira – kira 50 penambahbaikan meliputi peralatan teknikal untuk meningkatkan keupayaannya mengembara ke kawasan yang mana tidak ada orang lain berani pergi serta mengambil tugasan yang paling sukar dan selamat untuk membawa sehingga 35 orang penumpang di dalamnya dengan selesa menempuh sebarang bentuk muka bumi yang mencabar di seluruh pelusuk dunia.

Nama TORSUS PRAETORIAN ini diambil bersempena dengan Pengawal Praetorian, rejimen tentera elit dari Tentera Rom Diraja yang dibentuk pada 509 Sebelum Masihi. Pengawal Praetorian pada dasarnya adalah unit pasukan khas pertama di dunia. Ahli-ahli adalah mereka yang berkemahiran tinggi, dipilih sendiri daripada tentera terbaik di dunia untuk kecergasan mereka yang unggul, kehebatan pertempuran yang tiada tandingan dan keupayaan untuk kekal mendahului dalam apa jua bentuk pertempuran.

TORSUS PRAETORIAN ini telah diberikan kerja tingkat taraf meliputi sistem suspensi yang ditingkat taraf sepenuhnya, casis yang diperkukuh, brek cakera serba bulat, kabin yang direka bentuk semula, sistem pemanasan, penyaman udara dan pengudaraan (HVAC) yang dipertingkatkan, kebolehcapaian penyelenggaraan yang dipertingkatkan serta julat konfigurasi tempat duduk yang lebih luas malah lebih lagi.

Panjang keseluruhan badan TORSUS PRAETORIAN adalah 8.7 meter yang dibina dengan menggunakan bahan polimer untuk lebih keselesaan dan kehalusan seni bina badan bas ini. Bas 4×4 yang super duper lasak ini digerakkan dengan enjin diesel daripada MAN enam silinder bersesaran 6.9 liter yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 290 HP dan 1,150 Nm dan dipadankan dengan kotak gear 12 kelajuan.

BACA : VOLKSWAGEN CRAFTER EDISI KEMASKINI. SIAPA KATA VAN KOMERSIAL BEGINI TAK BOLEH PAKAI BENDA MODEN?

BACA : TORSUS TERRASTORM – BAS MINI 4X4 UNTUK GUNA LASAK!

Google ads

B K

Back to top button