
AUDI QUATTRO – KISAH LAGENDA KERETA JALANAN / RALI
Lama dahulu ketika budak – budak era 80an baru nak hidup, pembuat kenderaan dari Jerman, Audi telah menghasilkan sebuah model yang dianggap cukup buas menarik perhatian di kala itu. Dan inilah dia kisah Audi Quattro.
Kereta yang telah menaikkan imej Audi selama ini telah mula diperkenalkan sewaktu Geneva Motor Show pada tahun 1990 sebelum produksi massanya bermula pada tahun 1991. Dan nama Quattro ini sebetulnya diambil dalam bahasa Itali yang membawa maksud empat sekali gus memberikan impressi bahawa model yang garang ini sebetulnya bergerak dengan menggunakan pacuan empat roda. Dan nama Quatrro tersebut terus digunakan pakai Audi bagi merujuk kepada sistem pacuan empat roda yang digunakan pada model keluarannya.

Sedikit sejarah untuk dikenang, Audi mula mendapat idea merancang untuk membina model berprestasi tinggi pada tahun 1977 oleh Jurutera mereka Jörg Bensinger yang terlebih dahulu menguji model Volkswagen Iltis, sebuah model kenderaan tentera di permukaan ais ketika itu.
Dan akhirnya, Audi telah membina model Audi Quattro yang dibina berdasarkan model Audi 80 (B2) dan jadilah versi coupe daripada model standard tersebut. Orang bertanggungjawab untuk mereka bentuk adalah Hartmut Warkuss. Walau pun mempunyai rekaan yang sedikit bersegi tetapi ianya seumpama melekat di tanah, sudah tentu untuk menggambarkan ianya sebuah model coupe yang laju dikala itu.
Kereta coupe dengan lima tempat duduk itu mempunyai titik roda yang mungkin agak kecil, 2,524 mm dan panjang keseluruhan 4,404 mm. Menariknya, di era itu juga Audi Quattro ini telah menggunakan rim forged yang dibekalkan oleh syarikat Fuchs.

Menggunakan enjin pengecas turbo lima silinder dengan sesaran 2,144 cc, menghasilkan 147 kW (200 bhp) dengan boost maksimum 0.85 bar dan mencapai tork maksimumnya 285 Nm pada kelajuan enjin 3,500 rpm. Audi quattro seberat 1,290 kilogram dan boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.1 saat dan mencapai kelajuan tertinggi lebih 220 km/j.
Ketika tahun 1984 sebuah model yang lebih istimewa telah dikeluarkan dengan pengenalan Sport quattro yang mana jarak titik roda yang lebih pendek,2,204 mm serta pengenalan sistem turbo yang lebih baharu. Dan model inilah juga telah dijadikan asas kepada kereta rali.

Dan ketika Audi memutuskan untuk menjadikannya sebagai model rali Group B ianya adalah suatu keputusan yang bijak. Pernah memenagi perlumbaan di Sweden, Portugal, dan juga Monte Carlo dengan pemandu handalan seperti Hannu Mikkola, Stig Blomqvist dan juga pemandu Wanita Michèle Mouton.
Walau pun model ini bertahan kira – kira 10 tahun tempoh produksi dengan jumlah keseluruhan 11,452 unit dibina, namun tiada perubahan rupa bentuk yang ketara sepanjang tempoh hayatnya.
BACA : AUDI QUATTRO BAKAL KEMBALI SEMULA KE WRC
BACA : AUDI SPORT QUATTRO – SANG LAGENDA JELMAAN KERETA RALI



