
IAM-MME 2024 TAWAR HADIAH MENARIK; HONDA N-BOX YANG TELAH DIUBAH SUAI, PERKENALKAN KATEGORI BAHARU UNTUK EV
International Automodified (IAM) Kuala Lumpur-Malaysia Motor Expo (MME) kini kembali dan bakal berlangsung dari 8 hingga 9 Jun 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Para pengunjung dan peminat automotif yang menghadiri IAM-MME 2024 pada hujung minggu ini berpeluang memenangi sebuah Honda N-Box yang telah diubah suai!
Hanya beli tiket ke pameran atau belanja sekurang-kurangnya RM10 untuk mana-mana barangan rasmi IAM-MME 2024 dan anda mungkin menjadi pemenang bertuah yang akan membawa pulang kereta bernilai RM80,000 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan, dan insurans).

IAM merupakan pertunjukan dan pertandingan kereta modifikasi terbesar yang telah menjelajah lebih 38 bandar di seluruh Indonesia sejak tahun 2001 serta mempunyai pertunjukan di Malaysia, Singapura, dan Thailand.
Acara ini berjaya menarik ribuan peminat kereta setiap tahun dan memberikan anugerah kepada kereta modifikasi terbaik dalam 100 kategori individu termasuk gelaran “King of IAM KL.”
Bukan itu Sahaja, IAM juga bakal mengadakan pertunjukan sulungnya di Amerika Syarikat pada bulan Ogos tahun ini.

IAM-MME tahun ini juga diadakan sebagai perayaan Anugerah Malaysia Car of the Year (COTY) ke-20, yang mengiktiraf kenderaan baru terbaik pada tahun 2024.
Kenderaan pemenang COTY 2023 turut dipamerkan, termasuk Pemenang Keseluruhan COTY 2023, Honda e-HEV Civic RS dan pilihan dari Volvo, Ford, BYD, Perodua, serta Chery.
Selain daripada pameran kereta, akan terdapat produk, inovasi, dan perkembangan terkini dalam teknologi automotif oleh pelbagai pihak berkepentingan automotif, pengedar kereta, dan pengeluar peralatan asli (OEM).

Tahun ini juga memaparkan bagaimana syarikat menyediakan latihan vokasional ke arah pensijilan yang diiktiraf antarabangsa untuk kenderaan elektrik.
Panel penilai terdiri daripada wartawan dan profesional automotif berpengalaman yang akan menilai kereta berdasarkan pelbagai kriteria, termasuk reka bentuk, teknologi, keselamatan, serta nilai untuk wang.
Selain itu, terdapat satu kategori baharu diperkenalkan tahun ini, bagi mengiktiraf pencapaian elektrifikasi kenderaan.
Tiket ke IAM-MME 2024 berharga RM32 dan boleh didapati secara dalam talian di https://www.ticket2u.com.my/event/34477?r=r124 atau di kaunter tiket di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, layari www.internationalautomodified.com atau http://www.malaysiamotorexpo.com
Kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tetapi mesti diiringi atau diawasi oleh sekurang-kurangnya seorang dewasa.

