Artikel Pilihan

AUDI QUATTRO BAKAL KEMBALI SEMULA KE WRC

Ini ada sedikit perkhabaran yang menggembirakan buat peminat rali dan peminat Audi Quattro. Sah jenama lagenda dalam sukan rali, Audi Quattro bakal membuat kemunculan semula dalam kancah WRC secara rasmi sedikit masa lagi.

Projek yang sungguh istimewa ini bakal diuruskan oleh pemandu yang tidak asing lagi dalam sukan permotoran, Mattias Ekström. Barangkali ada yang bertanya siapakah pula gerangan beliau ini. Mattias Ekström sebelum ini cukup sinonim dalam bidang Word Rallycross Championship dan pernah memenangi juara dunia pada tahun 2016 dan masih aktif berlumba sehingga ke hari ini. Malah beliau juga pernah berlumba dalam DTM dan pernah menjuarai kejuaraaan pada tahun 2004 dan 2007. Dan Mattias Ekström melakukannya dengan jentera Audi.

Maka selayaknya pemandu lagenda yang berusia 42 tahun ini mengetuai projek Audi Quattro untuk kembali ke WRC. Mattias Ekström telah pun menubuhkan pasukan EKS JC bagi membina model spesifikasi Rally 2 Quattro A1, yang mana ianya boleh dipandu untuk berlumba bagi kategori sokongan WRC, WRC2 dan juga WRC3 kelak.

Sudah tentu jentera yang bakal dibina ini akan mengikuti syarat – syarat FIA yang ketat dengan kerjasama dari firma Afrika Selatan, Rally Technic. Jentera baharu ini bakal dibina berasaskan daripada generasi terbaharu Audi A1.

“Semua orang tahu tentang minat saya terhadap sukan rali. Dan ianya semakin jelas apabila kami kini akan membina sebuah jentera rali”, menurut Mattias Ekström. Menurut beliau lagi, jentera rali Audi tersebut telah pun bersedia sebenarnya, hanya perlu membuat kerja – kerja penalaan dan juga beberapa siri ujian bagi mengumpul data.

Cumanya kini jentera rali tersebut hanya untuk kegunaan persendirian terlebih dahulu. Apabila semuanya telah pun berpuas hati dengan prestasi akhir, maka sudah tentu Quattro Audi ini sudah beli ditempah atau pun disewa. Mungkin kelibat jentera yang terkenal dengan jalur kuning di bahagian atas badan kereta ini boleh dilihat pada musim panas nanti.

Untuk rekod, Audi Quattro ini sebetulnya cukup digeruni sekitar era awal 80an. Pernah beberapa kali muncul juara perlumbaan WRC dan paling penting pernah muncul juara WRC pada tahun 1983 bersama jentera Audi Quattro A1 dan juga livery Putih / Kuning yang kini dianggap sebagai lagenda. Setelah menarik diri dalam WRC pada tahun 1987, jentera rali generasi baharu dengan livery yang lagenda ini pasti sudah boleh dilihat kemudiannya.

BACA : AUDI S1 EKS RX QUATTRO – LAJU KE TAK NI?

BACA : CENGKAMAN QUATTRO, 40 TAHUN AWD AUDI DAN IKON DUNIA RALI

Google ads

B K

Back to top button