Artikel Pilihan

AUDI SPORT QUATTRO - SANG LAGENDA JELMAAN KERETA RALI

Audi Sport Quattro ini dianggap diantara model lagenda milik Audi. Ianya ini menjadi sebahagian besar sejarah rali dunia dengan pengenalan pacuan empat roda sebagai elemen yang padu dan perlu bagi menjadikannya sebuah kereta rali.

Model Audi S1 adalah salah satu yang paling ekstrem dan Sport Quattro ini adalah versi homologasi yang cukup dikenali dengan kelajuann serta kehandalannya.

Kereta ini menjadi kegemaran peminat Audi dan hanya sekitar 224 unit sahaja yang dibina dan dijual dengan harga sekitar 200,000 duit Jerman di kala itu.

Satu perbezaan ketada antara varian Sport Quattro dan versi pengeluaran standard adalah pengurangan jarak titik roda 12.4 inci (320 mm) kepada hanya 86.8 inci (2204 mm) sahaja. Dengan kehilangan besar beberapa bahagian tengah kereta, profilnya hampir menyerupai model hatchback, tetapi saiz yang lebih kecil ini telah meningkatkan pengendalian serta mengurangkan berat badan kereta sekali gus.

Tambahan pula, Sport Quattro ini hadir dengan teknologi seperti ABS, pacuan empat roda dan pembezaan mengunci sendiri yang jauh mendahului zaman mereka pada tahun 1984 ketika itu.

Kebanyakan perubahan luaran Quattro Sport adalah hasil kerja sang Pereka Audi Peter Birtwhistle. Reka bentuknya termasuk gril yang lebih besar dan salur masuk tambahan pada hud dan bampar untuk membantu meningkatkan aliran udara ke radiator dan penyejuk minyak yang dipasang di belakangnya.

Sesaran enjin diturunkan sedikit daripada 2144cc kepada 2133cc supaya Audi dapat memenuhi keperluan kelas rali yang disertainya. Enjin itu mempunyai 300 bhp lengkap dengan pengecas turbo berkembar, 20-injap, aliran silang, enjin lima silinder yang menggunakan blok aloi untuk mengurangkan sedikit beban berat. Ini adalah enjin Audi pertama yang menggunakan empat injap setiap silinder dan kepala aliran silang, yang membantunya mencapai 143 kuasa kuda.

Brek telah dinaik taraf dengan angkup empat omboh yang mengapit cakera bolong dalam dan ABS disertakan sebagai ciri standard.

Kerana pengurangan besar jarak roda, ruang penumpang belakang kini harus dikompromi. Hanya sesuai untuk anak kecil dan bukannya orang dewasa. Di bahagian hadapan, tempat duduk Recaro baharu telah digunakan dan papan pemuka yang dikemas kini  menjadikan ianya sedikit berbeza berbanding model standard.

Dengan pacuan empat roda, gear tinggi dan berat yang rendah, Sport Quattro boleh mencecah 0-100 kph dalam 4.8 saat, yang merupakan angka yang luar biasa sehingga hari ini. Pemiliknya kini mungkin boleh menyimpan dan menjual sekiranya mendapat harga yang cukup menarik untuk model yang dianggap rare ini.

BACA : AUDI S1 EKS RX QUATTRO – LAJU KE TAK NI?

BACA : CENGKAMAN QUATTRO, 40 TAHUN AWD AUDI DAN IKON DUNIA RALI

Google ads

B K

Back to top button