
AVETA VANGUARD 250 SE KINI DENGAN WARNA BAHARU, TIADA LAGI VARIAN STANDARD
Aveta Vanguard 250 SE kini hadir dengan pilihan warna Twilight Blue sekaligus menyertai warna Majestic Green dan Titanium Grey sedia ada.
Bagaimanapun, selain pengumuman warna, AVETA memaklumkan bahawa varian Standard yang diperkenalkan ketika pelancaran rasmi sekitar Januari lalu tidak lagi ditawarkan.

Menariknya, warna baharu ini diperkenalkan selepas pihak AVETA menerima input dari orang ramai yang mahukan warna yang lebih terang dan berkilat.
Atas kertas, Vanguard 250 SE dikuasakan enjin sau silinder 244.2cc yang berupaya menjana 24.8hp pada 8,500rpm dan 22.5Nm pada 6,500rpm.

Ciri menarik yang ada pada skuter 250cc ini termasuk skrin TFT 7-inci dengan fungsi rakaman dashcam, ABS dwi-saluran, traction control serta TPMS (tyre pressure monitoring system).
Harga jualan bagi Vanguard 250 SE ini adalah RM16,388.








