
Motosikal
NAK BELA YAMAHA XMAX? INI KOS MAJOR SERVICE DITANGGUNG PEMILIK SKUTER MAXI POPULAR ITU
Baru-baru ini satu perkongsian di XMAX OWNERS CLUB MALAYSIA di Facebook mencuri tumpuan apabila memuat naik kos major service bagi Yamaha XMAX 250 miliknya.
Menurut perkongsian oleh Kamal Ariffin Bin Mohamed, dia telah dikenakan caj sebanyak RM830 setelah selesai melakukan major service.

Berdasarkan perkongsian tersebut, pemilik tersebut mahu kos yang ditanggungnya itu menjadi panduan kepada orang lain sekiranya mahu memiliki sebuah skuter maxi 250cc terutamanya Yamaha XMAX 250.
Meskipun hanya bersesaran 250cc namun kos penjagaan skuter maxi sememangnya terkenal dengan caj yang lebih tinggi berbanding kebiasaan.
Lebih menarik, rata-rata komen yang menyelusuri perkongsian berkenaan mengatakan bahawa caj RM830 itu dianggap masih murah.








