BuletinMotosikal

AZLAN SHAH DAPAT TAJAAN RASMI BMW MOTORRAD!!!

Prestasi menakjubkan Azlan Shah Kamaruzaman dalam kejuaraan ARRC bagi kelas ASB1000 telah menarik minat pihak BMW Motorrad untuk memberi sokongan rasmi kepada pasukan ONEXOX TKKR SAG Team.

Sokongan dari pihak pengeluar ini tentu sekali akan menyuntik semangat kepada seluruh pasukan bagi persaingan dalam kalendar 2019 FIM Asia Road Racing Championship (ARRC).

“Sokongan daripada BMW Motorrad ini merupakan berita gembira bagi kami. Selepas berrentap dalam tiga pusingan sebagai pasukan persendirian tanpa sokongan pengeluar, kami percaya ini akan jadikan kami lebih kompetitif,” ujar Azlan yang kini menduduki tangga kedua pencapaian keseluruhan kelas ASB1000.

“Permulaan musim ini sangat sukar bagi kami. Jentera kami hanya tiba di Malaysia hanya beberapa hari sebelum ujian pra-musim di litar Sepang. Walaupun dengan kesuntukan masa para jurutera dan pasukan berjaya menyiapkan motosikal yang bagus,” ujar beliau lagi, Azlan mencatat sejarah sebagai pemenang pertama dalam kelas ASB1000 Pusingan pertama yang baru diperkenalkan ketika itu.

Prestasi Azlan terus konsisten dengan kemenangan berkembarnya di Pusingan ke-3 di Chang International Circuit, Thailand.

Pelumba ONEXOX TKKR SAG itu mengejutkan arena perlumbaan dengan mengenepikan pasukan yang disokong pengeluar seperti dua pasukan Yamaha (Yamaha Racing Team ASEAN dan Yamaha Thailand Racing Team), pasukan Honda Asia Dream Racing dengan SHOWA dan pasukan Kawasaki Thailand Racing Team. Malah pasukan Ducati juga yang disokong Ducati Philippines Essenza Team.

Kelas ASB1000 semakin mendapat sambutan dalam ARRC terutamanya di kalangan pasukan dari Asia. Penyertaan secara slot wild card ditawarkan secara terhad bagi setiap pusingan menjadikannya salah satu kelas yang kompetitif.

BACA: AZLAN SHAH TAKLUK LITAR BURIRAM!

Google ads
Back to top button