Buletin

MITSUBISHI L200 (TRITON) DAH MASUK UK, RM109K-RM163K

Di dalam dunia automotif, satu perkara yang boleh dibanggakan penduduk ASEAN ialah letaknya hab pemasangan pikap saiz sederhana di Thailand. Disebabkan itu pasaran ASEAN ditawarkan dengan pikap model baharu lebih cepat berbanding pasaran lain.

Contoh terbaru ialah Mitsubishi L200 Series 6 atau Triton yang baru sahaja dijual di United Kingdom. Triton dijual di negara kita pada Januari dan sebelum itu di Thailand pada November tahun lalu.

L200 pasaran UK diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand.

L200 adalah pikap ikonik dan mula diperkenalkan pada tahun 1978. Sejak itu lebih daripada 4.7 juta unit dikeluarkan dan model generasi keenam tampil dengan rupa moden Dynamic Shield yang agresif dan gayaan berbeza daripada pikap lain di pasaran.

Luaran yang sama dengan Triton pasaran tempatan dibezakan pada jenis enjin. L200 pasaran UK menggunakan enjin 2.2 L MIVEC diesel turbo Euro 6d  berbanding 2.4 L MIVEC diesel turbo di pasaran tempatan. Pikap di UK tersebut dipadankan bersama transmisi enam kelajuan automatik.

Selain itu, L200 juga dilengkapi teknologi bantuan pemanduan dan keselamatan canggih yang di antaranya sama seperti Triton pasaran tempatan. 

Di antara teknologi bantuan pemanduan dan keselamatan L200 ialah seperti berikut:

  • Blind Spot Warning system with Lane Change Assist function (BSW & LCA)
  • Rear Cross Traffic Alert system (RCTA)
  • Forward Collision Mitigation system (FCM)
  • Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Mitsubishi Active Stability & Traction Control (M-ASTC)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Emergency Stop Signal (ESS) function
  • Trailer Stability Assist (TSA)

L200 di UK juga berbeza dari segi jenis badan dengan varian single cab yang dikenali sebagai Club Cab 4Life. Empat lagi varian ialah Double Cab 4Life, Double Cab Warrior, Double Cab Barbarian, Double Cab Barbarian X.

Menariknya L200 versi terdahulu masih ditawarkan dengan nama L200 Challenger dan ia adalah edisi terakhir (final edition).

Berikut ialah harga Mitsubishi L200 di UK mengikut varian:

  • Club Cab 4Life – £21,515 (RM109,234)
  • Double Cab 4Life – £22,715 (RM115,327)
  • Double Cab Warrior – £26,400 (RM134,036)
  • Double Cab Barbarian – £29,300 (RM148,760)
  • Double Cab Barbarian X – £32,200 (RM163,483)
  • L200 Challenger (Final Edition) – £27,705 (RM140,661)

Sebagai perbandingan, Mitsubishi Triton di pasaran tempatan yang diimport dari Thailand dijual dari harga RM100,200 (VGT MT) hingga RM135,200 (VGT Adventure AT). 

BACA: SELAMAT TINGGAL MITSUBISHI PAJERO, INI UNIT TERAKHIR DI UK

BACA: MITSUBISHI SHOGUN (PAJERO) SWB, COMEL TETAPI MASKULIN

BACA: #IKLANPILIHAN: PAJERO KONTOT YANG JARANG-JARANG BOLEH JUMPA

BACA: SELEPAS LANCER EVO, KINI PAJERO PULA BAKAL DITAMATKAN

Petronas MREC – Desktop
Tags
Google ads
Back to top button