Buletin

BEIJING AUTOSHOW 2024: GWM PAMERKAN TEKNOLOGI HIJAU & HALATUJU SYARIKAT PADA MASA DEPAN

GWM telah mengadakan satu sidang akhbar di Pameran Automatif Antarabangsa Beijing 2024, bagi memperincikan pencapaian GWM di peringkat global dan juga rancangan masa depan syarikat terutama dalam menyumbang ke arah usaha teknologi hijau di peringkat global

Mr. Mu Feng, President GWM menyatakan pada sidang media yang GWM akan memberi fokus kepada perkembangan syarikat di peringkat global namun akan terus memperkukuhkan kedudukan mereka di China. GWM menyatakan produk mereka bukan lagi barang dagangan biasa tetapi penyelesaian kepada ekologi global

GWM akan memberi fokus kepada pembangunan produk setempat, operasi, budaya korporat, pembekalan bahan mentah tempatan dan mencapai kualiti yang bagus di peringkat global. Selepas berjaya mengharungi 20 tahun di pasaran global, model seperti GWM Tank dan GWM Ora adalah bukti penting pencapaian GWM di peringkat antarabangsa

Namun pada masa yang sama GWM akan meneruskan usaha mengembangkan rakan niaga tempatan, membangun dan memasarkan produk yang sesuai dengan pasaran tempatan serta meneroka kaedah operasi yang lebih efisyen

Selain memiliki fasiliti pemasangan di Thailand dan Brazil serta pemasangan CKD di Pakistan serta di Ecuador lengkap dengan fasiliti R&D bagi menggalakkan pembangunan produk yang memenuhi kehendak pasaran tempatan. Kaedah uu bukan sahaja lebih menjimatkan kos, malah ia memberikan peluang pekerjaan dan pulangan cukai kepada kerajaan serta tanggungjawab sosial tempatan

Head of GWM International, Timbalan Presiden GWM Group, Mr. Parker Shi pula mengambil peluang bercerita dengan lebih dalam berkenaan sejarah GWM dan pencapaian produk GWM. GWM merupakan syarikat automotif China yang mengembangkan operasi di luar negara seawal tahun 1997 di Timur Tengah.

Sehingga kini, jenama GWM telah beroperasi di 170 buah negara dan digunakan oleh 1.4 juta pemandu di seluruh dunia. Bagi tahun 2023, jualan luar negara GWM melebihi 314 buah unit kenderaan dengan peningkatan sebanyak 80% berbanding tahun 2022.

Di bawah slogan ONE GWM, GWM menjenamakan semula imej syarikat, mempamerkan kekutan jenama melalui 5 produk utama. GWM juga memperkenalkan kaedah pelbagai kategori dan pelbagai penawaran trenkuasa bagi memenuhi kehendak pasaran global.

Sebagai contoh semua produk mesti melepasi ujian peralnggaran 5 bintang terutama di Australia dan Eropah dan produk dengan nilai tinggi seperti GWM Tank 300 dan GWM Tank 500 dilancarkan dalam masa yang singkat di peringkat global

Selain mengadakan aktiviti bersama pelanggan seperti perjumpaan kelab kereta dan aktiviti meredah laluan lasak, GWM juga akan melancarkan kempen GWM Life. Program ini akan memberikan insentif kepada pemilik yang menunjukkan gaya hidup aktif bersama kenderaan GWM.

Google ads
Back to top button