
JERAT PAKU DALAM TAR, PELARI ALAMI KECEDERAAN
Seorang lelaki ditimpa malang apabila terpijak paku dan tersungkur disebabkan paku yang dipercayai sengaja ditanam di atas jalan, ketika sedang berjoging.
Menerusi perkongsian hantaran oleh @Syahmi_Paan, beberapa jumlah paku kelihatan diletakkan di sederet bahu jalan di Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, Rawang.
Katanya, punca paku tersebut berada di situ, tidak dikenal pasti apa tujuannya.
“Ada manusia yang berhati kotor meletakkan paku di atas jalan raya. Tak tahu apa niat sebenarnya,” luahnya.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.
“Ada baca dulu selalunya geng towing (tunda) kereta lah yang buat benda ni. Sebenarnya dia orang memang ada saja di situ tunggu kenderaan mana yang terkena. Lepas itu mereka datang tolong bawa ke bengkel dan meminta upah,” komen @salazar.
“Tolong pergi klinik dan periksa, risau paku ada karat. Orang yang buat ni memang melampau membahayakan nyawa orang. Harap ada CCTV (televisyen litar tertutup) boleh kesan siapa pelaku,” komen @rayyanraufael.
“Ketuk paku baringkan dia. Nak tarik tak boleh, macam dah kena tanam dengan tar. Kalau haiwan yang kena padahlah kasihan,” komen @izzati. – KOSMO! ONLINE
- BACA: CHERY TIGGO 7 PRO PHEV DIDEDAHKAN DI BEIJING AUTO SHOW 2024 – JANA 308HP, JARAK GERAK SEHINGGA 1,200KM
- BACA: JAECOO J6 EV DILANCARKAN DI THAILAND SUKU KEEMPAT 2024 – 274HP, JARAK GERAK 501KM
- BACA: RASMI: TRIUMPH SPEED 400, SCRAMBLER 400 X AKHIRNYA DI MALAYSIA – DARI RM26,900
- BACA: RASMI: ROYAL ENFIELD BULLET 350 TIBA DI MALAYSIA – DARI RM23,900


