Buletin

GWM BANGUNKAN TEKNOLOGI BATERI BARU & ELEKTRIK MELALUI SVOLT ENERGY

SVOLT Energy Technology Company Limited bermula sebagai satu cabang perniagaan di bawah Great Wall Motor yang mengkhususkan kepada kajian dan pembangunan bateri, bermula dari tahun 2012. SVOLT Energy menjadi entiti bebas sepenuhnya dari GWM pada tahun 2018 dalam pembangunan tenaga elektrik

Fokus utama SVOLT Energy adalah pembangunan bateri generasi baru, sel bateri, modul batero, Battery Management System dan juga teknologi penyimpanan tenaga. Sehingga tahun 2023, GWM memegang sehingga 39.4% saham dalam syarikat ini.

Pada masa yang sama GWM adalah pelanggan utama syarikat ini diikuti oleh Hozon New Energy Automobile Co. , Zhejiang Leapmotor Technologies Ltd. , dan Zhejiang Geely Holding Group. Selain itu, SVOLT Energy turut mengambil beberapa projek penting kerajaan seperti “14th Five-Year Plan New Energy Vehicles” dan beberapa projek lain di bawah National  Development and Reform Commission.

Kajian saintifik dan pembangunan teknologi oleh SVOLT Energy telah diiktiraf dan mendapat penghargaan seperti 2023 Hurun China Energy Private Enterprises TOP100, 2023 Ministry of Industry and Information Tech nology’s “Green Supply Chain Management Enterprise, dan Anugerah 2023 “Global New Energy Vehicles Frontier and  Innovative Technology

Pada tahun 2023, SVOLT Energy membelanjakan sehingga RM 800 juta, atau bersamaan dengan 10% pendapatan tahunan syarikat untuk aktiviti R&D. SVOLT Energy juga menggajikan sehingga 2500 kakitangan R&D dan jurutera yang merangkumi 16% daripada kakitangan syarikat

Dengan memiliki sehingga 7000 paten di peringkat global, SVOLT Energy boleh dikatakan antara pemain industri yeknologi yang serius dalam bidang automotif. Antara projek yang dijalankan termasuklah bateri bebas dari logal kobalt dan sistem pemantauan keadaan bateri berasaskan sistem Cloud.

SVOLT Energy juga turut membangunkan bateri Short Blade Battery, rekaan sistem bateri 800Volt termasuk sistem pengecasan pantas. Pusat R&D SVOLT Energy berada di Wuxi, Baoding, Shanghai dan Jerman. Unit penghasilan bateri pula berada di Changzhou, Huzhou,  Chengdu, Yancheng, Shangrao, Thailand, dan Jerman.

Sehingga pada hari ini antara pelanggan SVOLT Energy termasuklah BMW, Stellantis, Spotlight Automotive, Li Auto, XPeng Motors, Geely, GWM, & Dongfeng Motors. Menurut statistik China Automotive Power Battery Industry Innovation Alliance, sehingga bulan Januari 2024, SVOLT Energy berada di kedudukan ke 5 dalam industri

Google ads
Back to top button