Buletin

KUMPUL 100 MATA BONUSLINK, DAPAT BAUCAR RM5 DI SHELL

Shell nampaknya terus memberikan ganjaran ekstra kepada pelanggan apabila meneruskan kempen “Every Little Point Counts” dengan kerjasama Bonuslink. 

Kini, dengan hanya 100 point standard Bonuslink, pelanggan akan menerima baucar RM5 Shell sepanjang Mac dan April. Kempen ini bermula dari 1 Mac hingga 31 April 2022. 

Baucar tersebut membolehkan pelanggan untuk membeli keperluan di stesen minyak Shell sebelum kembali memulakan perjalanan. 

Hanya perlu berbelanja ke atas bahan api Shell, snek di Shell Select atau pastri di Deli2Go bersama minuman Costa Coffee, anda kemudian akan menerima e-baucar RM5 menerusi aplikasi BLINK apabila 100 poin berjaya dikumpulkan. 

Pelanggan boleh mula mengumpul poin dengan mendaftar Bonuslink di stesen-stesen Shell terdekat atau muat turun aplikasi BLINK daripada Apple Store atau Google Play Store. Pengguna kali pertama akan menerima baucar RM4 ketika mendaftar dan ekstra 100 poin apabila memintas kod rujukan.

Google ads
Back to top button