Artikel Pilihan

BELI KERETA IKUT KEMAMPUAN

Jualan industri automotif tempatan nampaknya menguncup apabila Bank Negara mengumumkan inisiatif mengetatkan syarat pinjaman kepada pengedar kereta. 

bnm-logo_resized

Maksudnya, pinjaman kereta lebih susah lulus dan tapisan ini membolehkan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja mendapat pinjaman. Ia dibuat berikutan meningkatkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang mana sebahagian besarnya terhasil dari pinjaman sewa beli.

Namun, nampaknya trend menurun itu tidak lama. Memetik laporan Utusan Malaysia bertarikh 22 Julai 2013, Jualan keseluruhan industri (TIV) kereta di Malaysia bagi separuh pertama 2013 mencatatkan peningkatan 4.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2012.

garaj - toyota roadshow

Peningkatan ini berlaku meskipun dakwaan para pengedar jualan mereka terjejas akibat sentimen tunggu dan lihat pengguna sekitar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan, sebanyak 313,488 unit kenderaan terjual dari Januari hingga Jun lalu, berbanding 301,269 bagi tempoh yang sama tahun 2012. Daripada 313,488 kenderaan itu, 275,991 ialah kenderaan penumpang dan selebihnya kenderaan komersial.

Malah, Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad menjangka jualan kenderaan bagi separuh kedua tahun ini akan terus mengukuh melalui beberapa pengenalan model baharu, pemulihan sentimen pasaran dan kerancakan permintaan domestik.

SONY DSC

Kita lupakan sebentar angka-angka itu. Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah dari segi pembangunan infrastruktur di Malaysia. Sebenarnya, saya sudah utarakan isu ini dalam akhbar beberapa tahun lepas. Masalahnya kita menjadikan industri kita tiada matlamat. Kita fokus pada dasar tetapi destinasi akhirnya masih kabur.

Kita mahu jadi hub automotif tetapi ketidakmampuan meningkatkan jumlah eksport pada industri kereta tempatan tidak memberi sumbangan kepada ekonomi dalam nilai tukaran mata wang. Sering disebut, perlindungan pada industri tempatan menjadi punca.

Saya bersetuju dengan langkah dasar baru yang diambil oleh Bank Negara itu jika  kita lihat dari sudut pembangunan infrastruktur. Tahukah anda bahawa jualan kereta 500,000 unit setahun dalam sebuah negara berkepadatan penduduk 27 juta yang kita catat sebenarnya hampir sama dengan jualan kenderaan di Indonesia dengan kepadatan penduduk 270 juta. Itu berapa peratus?

321100379_ecb8707250_o1

Infrastruktur perlu dibangunkan dengan secekapnya. Infrasturktur ini juga harus  bangun seiring dengan jumlah kenderaan yang perlu ditampung. Jika setiap tahun sebanyak setengah juta kenderaan berdaftar, buatlah lebuh raya 16 tingkat sekalipun, pasti tidak akan cukup.

Ia ibarat harga rumah. Setiap tahun harga hartanah meningkat 20 hingga 30 peratus, sedangkan pendapatan kita rata-rata meningkat 5 sampai 7 peratus sahaja.

Garis panduan yang ditetapkan oleh Bank Negara mengambil kira jumlah pendapatan bersih selepas ditolak potongan wajib seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai pendapatan serta semua tanggungan hutang lain. Pinjaman yang mudah lulus sebelum ini adalah atas dasar perkiraan pendapatan kasar. Sebetulnya, inilah yang kita patut praktikkan dari dahulu lagi.

garaj - livina Crossover

Mungkin ada yang benar-benar memerlukan kenderaan, tapi atas dasar kehendak, mereka membeli mengikut nafsu dan dan bukannya keperluan. Satu keluarga sampai dua atau tiga buah kereta, walhal yang bergerak mungkin sebuah sahaja.

Ada orang yang sebenarnya mampu membeli Persona sahaja tapi disebabkan ‘loophole’ ini, pinjaman membeli Exora boleh lulus tanpa sebarang masalah. Lihat kesannya? Bayaran bulanan yang lebih bermakna lebih komitmen.

Apabila tiba masa cukai jalan dan insuran mati, bonus pula tak dapat mulalah marah tak tentu arah. Dalam finance, perlu ada kira-kira ‘buffer’ supaya ada simpanan kecemasan dan simpanan masa depan untuk satu-satu pembayaran di luar jangka.

SONY DSC

Ada yang baru saja habis belajar, ada pula skim untuk graduan. Pakai ijazah boleh mohon pinjaman, sedangkan jawatan pun belum disahkan. Masa saya graduate dulu, saya tunggang motor lagi, dah kahwin baru beli Iswara terpakai. Bayar RM400 sebulan sahaja, tapi masih tak yakin dengan keadaan ekonomi. Selain perlukan kesesuaian dan masa untuk seimbangkannya. Budak-budak muda sekarang nafsu mengalahkan senior manager. Graduate dengan gaji lebih sikit terus tempah Golf GTI.

Kita bercakap tentang kesan domino pada sesuatu yang tidak dikawal, sebab itu saya setuju dengan dasar tersebut. Percayalah, ini untuk kebaikan semua.

SONY DSC

Penyusunan ekonomi harus bermula daripada kereta. Kalau kita susun semula struktur hutang, kita boleh beli rumah lebih bagus dan jalani hidup lebih menyeronokkan.

Boleh bercuti, bagi duit kepada mak bapak di kampung dan belanja awek. Pandu Myvi pun kalau duit simpanan bertambah peduli apa orang nak kata? Kalau kita susah ada orang nak bagi duit? Ye dak? Ye dak?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button