Buletin

BELI VOLKSWAGEN BEETLE EDISI TERHAD 12.12 DI LAZADA

Sempena kempen Online Revolution Lazada, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menjual 12 unit Beetle edisi terhad di laman web tersebut pada 12 hingga 14 Disember 2014.

Ini merupakan kali pertama pengeluar kenderaan dan syarikat e-dagang bekerjasama untuk menjual kereta secara dalam talian,

Beetle edisi terhad itu akan dijual pada harga RM112,112 iaitu 18 peratus lebih murah berbanding harga runcitnya. Tawaran ini hanya sah di Semenanjung Malaysia.

Beetle edisi terhad 12.12 hadir dalam dua rekaan iaitu Herbie 53 dengan warna putih dan perak, serta Hot Bug yang berwarna merah.

Kereta itu dilengkapi stereng multi fungsi dibalut kulit, skrin sentuh ‘Composition Colour’ bersaiz 5.8 inci dengan ciri Bluetooth dan lapan unit pembesar suara. Manakala tempat duduk pula dibalut dengan fabrik ‘Pepita’.

Jentera tersebut dikuasakan oleh enjin turbo TSI bersesaran 1.2 liter dengan output 105PS dan tork 175NM yang dipadankan bersama kotak gear automatik DSG 7 kelajuan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button