Artikel Pilihan

RIWAYAT AKU SEBAGAI SEBUAH PROTON JUARA

Salam 1Malaysia dan Salam 1Proton. Nama aku adalah Proton Juara. Semua orang pasti mempunyai kisah atau pun riwayat hidup yang tersendiri. Dan Ini adalah kisah hidup aku sebagai sebuah Proton Juara.

BACA : KISAH ANCHAN & WAKE

BACA : PROTON EXORA FACELIFT 2015

Sebagai semua yang orang tahu, aku mempunyai darah keturunan Jepun. Barangkali mempunyai sedikit darah samurai yang pernah mengalir suatu ketika dahulu. Di Jepun sana, aku dikenali sebagai Mitsubihsi Town Box. Dan aku di sana diklasifikasikan sebagai kei car dengan penggunaan enjin 660 liter sahaja.

Sungguh pun demikian, terdapat juga versi Town Box Wide dengan penggunaan enjin 4A31 yang bersesaranB 1.1 liter. Dan versi itulah yang telah menjadikan aku sebagai sebuah Proton Juara.

Di Malaysia, aku telah selamat dilancarkan pada Julai 2001 oleh Perdana Menteri ketika itu di KLCC dalam suasana yang penuh gilang gemilang. Kehadiran aku ketika itu agak ditunggu-tunggu juga oleh industri automotif di Malaysia ketika itu kerana Proton masih belum mempunyai kenderaan dalam segmen MPV.

Ketika dilancarkan, tanda harga yang diletakkan lagi beberapa ratus sahaja nak cecah ke angka RM50,000. Pada zaman FB pun belum wujud lagi, sudah tentulah aras harga tersebut boleh dianggap mahal bagi sebuah kenderaan dengan kapasiti yang dianggap kecil. Sudahlah enjin kecil, rupa dan saiz aku juga sedikit pelik pada pandangan mata masyarakat bandar ketika itu. Masyarakat kampung lagilah.

 

Akan tetapi, aku tidak peduli itu semua. Dan keluarga peliharaan aku ketika itu, Proton juga tidak pernah peduli dengan kata-kata masyarakat. Hanya bersandarkan reputasi saudara aku di Jepun si Town Box Wide itu, Proton berasa yakin bahawasanya aku masih mampu dijual, sama seperti ahli keluarga aku yang berketurunan Jepun sebelum ini.

Padanan enjin 1.1 dengan saiz badan yang sederhana ramping dan juga kotak gear auto empat kelajuan, ianya menjadikan aku cukup lincah ketika beraksi di hadapan lampu isyarat. Berdesup perginya.

Dari segi spesifikasi pula, aku ini tidak kurang hebatnya juga. Menjadi model pertama Proton yang dilengkapi dengan EPS (Electronic Power Steering). Pengendalian aku pula tidak kalah setelah ditala dengan kejuruteraan Lotus.

Pintu belakang pula jenis gelungsur manual di kiri dan kanan. Senang penumpang nak keluar masuk dan juga mengusung barangan.

Formasi barisan tempat duduk aku sebetulnya sedikit unik, 2+2+(2). Barisan ketiga selayaknya hanya dihuni oleh dua ekor kucing bersaiz Garfield sahaja. Akan tetapi, bila kerusi tersebut dilipat, ianya menjadikan ruang kargo aku begitu besar dan luas. Angkut durian memang sedap orang kata waktu tengah musim ni.

Namun, disebalik semua itu aku sebenarnya loser di bumi bertuah ini. Ramai orang tidak begitu berminat untuk memiliki aku. Mungkinkah disebabkan paras rupa aku kah? Atau pun disebabkan harga yang tidak sepadan? Entahlah.

Pada 2003, produksi aku pun ditamatkan dari kilang di Pekan. Walau pun gagal di awalnya, akan tetapi harga terpakai aku di zaman ini masih lagi mulia. Tidaklah serupa timbang kati. Dapat ke kaki mod memang sedap. Barisan kedua dengan ketiga buang, gantikan dengan jenis kerusi kapten. Cat warna putih, tinted gelap, rim besar baru acah-acah Vellfire, iya tak?

Google ads

B K

Back to top button