Buletin

BENARKAH MAZDA SUDAH MENEMUI “TEKO ALADDIN” YANG DICARI-CARI OLEH SEMUA PENGELUAR LAIN?

Mazda Motor Corporation mungkin bukan sebuah syarikat pengeluar kenderaan bersaiz besar seperti pesaingnya tetapi apa yang ditemui mereka dalam teknologi pembuatan enjin masih gagal dicapai oleh pesaingnya yang jauh lebih besar. Ianya merupakan sebuah enjin dengan penyalaan mampatan yang mengggabungkan kebaikan enjin petrol dan disel tetapi pada masa yang sama lebih berkuasa dan sangat bersih.

Enjin baharu tersebut yang diberi gelaran Skyactiv-X oleh Mazda diibaratkan seperti sebutir bintang dalam teknologi enjin oleh pakar. Bagaimanapun ia dikatakan satu pertaruhan besar yang diambil Mazda untuk kekal kompetitif tatkala para pengeluar besar lain melabur sejumlah besar model dalam teknologi EV.

Sewaktu memperkenalkan teknologi tersebut kepada umum minggu lepas, Mazda menyatakan yang enjin tersebut akan menmbah tork maksima sehingga 30 peratus dan meningkatkan penjimatan bahan api juga sehingga 30 peratus berbanding dengan enjin Skyactiv-G suntikan terus yang sudah pun dikeluarkan Mazda sejak 2011.

Mazda turut menyatakan yang enjin baharu Skyactiv-X akan dikeluarkan menjelang penghujung March 2019. Ia menjadikan pereka syarikat pengeluar kenderaan pertama tampil dengan teknologi tersebut. Sistem penyalaan berasaskan mampatan sudah lama memeningkan para saintis tetapi ia adalah langkah penting buat Skyactiv dan Mazda dalam memenuhi piawaian keluaran bahan bakar yang semakin ketat. Mereka juga akan menggunakan sistem elektrik bagi membantu tujuan tersebut.

Ramai menggelarkan teknologi ini sesuatu yang sukar ditemui (holy grail) kerana ia menggabungkan faedah dari dua enjin berbeza iaitu petrol dan disel. Tetapi tentu sekali ia bukannya cabaran yang kecil untuk memperkenalkannya kepada umum. Ia juga menjadi lawak dalam industri bila ramai yang bertanya bila teknologi ini akan bersedia untuk pengeluaran, jawapan yang selalu didengar ialah dalam 10 tahun akan datang. Harap-harap kali ini Mazda ada jawapannya.

Namun harus diingat walaupun bukannya sebuah syarikat besar, Mazda mempunyai keupayaan yang tersembunyi. Mereka merupakan pelopor yang merevolusikan enjin rotary untuk kegunaan besar-besaran. Malah mereka sekali lagi mengejutkan dunia dengan teknologi Skyactiv, enjin mampatan tinggi yang memberikan pembakaran lebih bersih yang mesra alam sekitar.

Walaupun pesaing lain dari Tokyo ke Detroit ke Wolfsburg kini memberi perhatian kepada teknologi EV untuk kenderaan yang mesara alam sekitar, Mazda masih menaruh harapan kepada enjin pembakaran dalaman yang ditambah baik.

“Kami akan melihat dan mengkaji segenap sudut bagi menyempurnakan enjin pembakaran dalaman untuk menjadi pendahulu dunia dalam bidang ini,” demikian kata CEO Mazda, Masamichi Kogai.

Tapi Mazda bukannya tidak pernah gagal sebagaimana sewaktu mereka cuba memperkenalkan enjin disel bersih mereka yang pertama. Mazda akhirnya mengumumkan yang ia akan membawa enjin Skyactiv-D ke AS tahun ini hanya selepas enam tahun lewat dan tiga kali tunda.

Teknologi enjin baru ini dikenali dengan nama HCCI (homogenous charge compression ignition) ialah cukup sukar dilakukan. Jika enjin berputar terlalu laju ia mungkin menyebabkan sistem nyalaan yang tidak sekata disebabkan putaran yang terlalu tinggi. Jika putara terlalu rendah pula, nyalaan tidak sekata mungkin berlaku disebabkan suhu yang terlalu rendah.

Sejukan enjin juga bakal menjadi isu kepada jurutera kerana enjin HCCI ini mempunyai suhu dan tekanan yang cukup tinggi. Tetapan bahan api juga menjadi sangat rumit.

Skyactiv-X
X di sini bermaksud crossover antara enjin petrol dan disel. Skyactiv-X masih menggunakan palam pencucuh tetapi bukannya pada setiap masa. Ia diperlukan sewaktu cuaca dalam keadaan sejuk.

Kogai juga berkata yang mereka sudah menemui jalan untuk membawakan teknologi ini kepada masyarakat umum.

Paling sukar ialah memastikan sistem tukaran antara nyalaan mampatan dan palam pencucuh berjalan lancar agar tidak disedari oleh pemandu sekalipun. Ini memang sukar kerana sistem nyalaan berasaskan mampatan itu cukup sensitif walaupun terhadap perubahan kecil di dalam selinder.

Namun ramai jurutera berpendapat masalah yang sebelum ini menjadi isu akan dapat diatasi dengan penggunaan komputer canggih pada zaman ini. malah sistem pancitan bahan api juga sudah menjadi semakin cekap dan pintar berbanding sepuluh tahun dahulu. Begitu juga dengan sistem kawalan injap pelbagai. Segala kemungkinan mungkin akan terjawab dalam sedikit masa lagi.

Google ads
Back to top button