Buletin

TOYOTA TOPMARK – PUSAT KERETA TERPAKAI YANG DIPERCAYAI (BUKAN KERETA TOYOTA JE TAU)

Pernah dengar Topmark? Ia adalah pusat jualan kenderaan terpakai yang telah ditubuhkan pada tahun 2000. Ia juga satu-satunya syarikat berasingan yang ditubuhkan oleh pemegang jenama khusus untuk memasarkan kereta buatan mereka.

Mulai bulan ini, ia akan dikenali dengan nama Toyota Topmark dan ia masih menjual kereta-kereta terpakai berkualiti dari pelbagai jenama. Apa yang membezakannya dengan kedai kereta terpakai ialah kualiti kereta di sini terjamin.

Anda mungkin pernah ke kedai Topmark dan mungkin perasan harganya sedikit tinggi berbanding kedai terpakai biasa kan?

BACA: #6 TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI

Baiklah. Ia tentang ketenangan fikiran. Topmark tidak menerima kereta-kereta keropok yang dah eksiden total lost atau kereta curi, atau kereta lari kastam atau kereta geran tak tentu hala atau kereta yang bermasalah. Membeli di sini anda tak perlu fikir helah biasa penjual kedai terpakai yang biasa, kalau kau faham apa yang Abang Japar maksudkan.

Kereta-kereta terpakai di sini diperiksa dengan teliti sebelum dipamerkan untuk jualan. Kebanyakannya datang dari pembeli trade-in Toyota yang membeli kereta baru mereka. Majoritinya datang dengan rekod servis dan yang lebih penting, batuan (mileage) setiap kereta adalah asli, tidak diubah.

Lebih 200 poin pemeriksaan dilakukan pada setiap kereta ini. Ia termasuklah semua ciri keselamatan untuk memastikannya berfungsi dengan baik. Tayar mesti dalam keadaan baik, jika tidak, ia akan ditukar baru. Bateri asal kereta akan digantikan dengan unit baru dan kesemua pembaikan ini dilakukan oleh pusat servis Toyota dengan jaminan penggunaan komponen alatganti tulin Toyota.

Bukan sahaja aspek mekanikal, bahagian kosmetik kereta juga diselenggara. Toyota CompleteCleaning – sistem pembersihan tiga peringkat memastikan kereta-kereta ini kelihatan seperti baru.

Tahukah anda mereka buka kesemua tayar dan mencucinya secara berasingan?

Ya. dan ruang bahawa roda juga dibersihkan daripada kotoran, lumpur dan minyak. Ia kemudiannya disudahkan dengan cat hitam dengan bahan kalis tar. Bahagian luaran di “polish” sementara bahagian dalaman juga dicuci bersih.

Ingat Abang Japar cakap kereta di sini sedikit mahal berbanding kedai Used Car Ah Chong dan Kedai Kereta Kitai Kawan Sdn Bhd?

Sebab, mereka pastikan ketengan fikiran pembeli.

Selain daripada yang disebutkan di atas, pelanggan juga akan menikmati jaminan Toyota Certified Pre-Owned. Ia meliputi jarak 40,000 kilometer dalam masa 2 tahun pada bahagian enjin dan transmisi. Kereta ini juga mendapat kos buruh (labour charge) percuma untuk dua servis pertama di pusat servis Toyota.

Bagi memudahkan pelanggan juga, Toyota TopMark’s juga menawarkan sistem pinjaman mereka sendiri menerusi Toyota Capital.

Toyota Topmark kini memiliki lima outlet di semenanjung Malaysia iaitu di Petaling Jaya, Butterworth, Johor Bahru, Kulai dan Kuantan. kenderaan terpakai Lexus (Lexus Certified Pre-Owned) juga terdapat di beberapa lokasi tersebut.

Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati Toyota TopMark’s website www.toyotatopmark.com.my

 

 

Tags
Google ads
Back to top button