Buletin

CR-V JADI KENDERAAN PERTAMA PEROLEH 5 BINTANG DALAM SISTEM SKOR BARU ASEAN ANCAP

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa CR-V serba baharu telah memperoleh piawaian 5 bintang dalam rating keselamatan ASEAN NCAP.

SUV tersebut mendapat skor keseluruhan 88.80 mata dalam aspek Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dan Teknologi Bantuan Keselamatan (SATs) dalam sistem rating baharu tersebut.

CR-V telah dipilih menjadi model pertama di rantau ASEAN yang mendapat keputusan daripada penilaian ASEAN NCAP yang baru ini. Rating itu melibatkan semua varian CR-V yang dilancarkan pada pertengahan Julai lalu.

Penganugerahan itu diadakan pada majlis “The Inaugural ASEAN NCAP Result Release 2017-2020 Protocol” di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), di Kajang, Selangor.

Sistem rating tunggal yang baru itu terdiri daripada tiga domain utama iaitu AOP, COP dan SATs. CRoV memperoleh 47.25 poin untuk AOP, 22.84 poin COP dan 18.71 poin SATs. Ini merupakan kali kedua CR-V mendapat piawaian 5 bintang sejak ASEAN NCAP diperkenalkan pada tahun 2011.

Pada tahun 2014, CR-V generasi keempat memperoleh penarafan 5v bintang untuk AOP dan 86 peratus bagi COP. Skor itu menjadikannya sebagai SUV paling selamat dalam kelasnya.

CR-V generasi terkini dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti Honda SENSING dan Honda LaneWatch (varian 1.5 TC-P 2WD sahaja). Kedua-dua teknologi itu dinilai bawah protokol baru dan menerima poin dalam kategori Safety Assist (SA).

Honda LaneWatch mula dipasang pada CR-V pada tahun 2015, menjadi model pertama dalam segmennya yang memiliki ciri berkenaan.

Honda SENSING pula ialah ciri keselamatan terkini yang terdiri daripada tujuh ciri iaitu Adaptive Cruise Control (ACC), Low-Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW), Driver’s Cruising Aid, Frontal Collision Deterrence dan Side Collision Deterrence..

Selain Honda SENSING, CR-V juga hadir dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif termasuklah enam beg udara, tali pinggang keledar ELR, ISOFIX, Vehicle Stability Assist (VSA) dengan Agile Handling Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brek anti kunci (ABS), kunci automatik dan banyak lagi.

Ia menjadi model CKD pertama dikeluarkan di kilang Honda di Melaka pada tahun 2003. Sejak itu, lebih 69,000 unit berjaya dijual (setakat Julai 2017). Dengan semua ciri menarik yang ada padanya, tidak hairanlah jika CR-V mendapat sambutan hangat.

CR-V berjaya mencatat lebih 2,900 tempahan sehingga 12 Ogos 2017. Angka itu yang bersamaan dengan sasaran selama empat bulan itu mampu dicapai dalam masa sebulan sahaja!

BACA: HONDA SENSING PADA CR-C SERBA BAHARU – TAWAR PEMANDUAN LEBIH SELAMAT

Tempahan varian turbo mewakili 80 peratus. Biarpun tempahan yang tinggi, Honda Malaysia berjaya mengekalkan tempoh menunggu sekitar satu hingga dua bulan.

Google ads
Back to top button