Buletin

INI SENARAI 10 KERETA KEGEMARAN PEMAIN EPL DAN AHLI SUKAN KAYA DI UK

Penyedia pinjaman bebas kenderaan mewah, JBR Capital baru-baru ini mengeluarkan senarai 10 buah kereta yang menjadi pilihan pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ahli sukan lain. 

Sama seperti dua tahun lalu, Range Rover terus menjuarai carta. Tetapi para pemain kini memilih model tertinggi iaitu Range Rover Sport SVR berbanding sebelum ini iaitu Evoque. 

SUV bersaiz besar terus mendapat perhatian pemain yang mendapat gaji ratusan ribu ringgit seminggu itu. Biarpun begitu, mereka masih sukakan supercar seperti Ferrari 488 Spider, Lamborghini Huracan Spyder dan Bentley Continental GT.

Senarai kenderaan adalah seperti berikut: 

  1. Range Rover Sport SVR
  2. Bentley Continental GT
  3. Mercedes-Benz G-Class
  4. Audi RS 6 Avant
  5. Ferrari 488 Spider
  6. Lamborghini Huracan Spyder
  7. Range Rover Autobiography
  8. Maserati GranCabrio
  9. Bentley Bentayga Onyx
  10. Ford Mustang Fastback

Kebanyakan kenderaan ini dibeli menerusi pembiayaan jangka pendek sekitar dua hingga tiga tahun.

Pada tahun lalu, jumlah pembiayaan yang diberikan oleh JBR Capital naik sekali ganda. Ini berikutan semakin ramai pemain sedar bahawa cara ini membolehkan mereka menggunakan wang untuk tujuan lain. 

Selain pemain bola sepak, klien JBR Capital mula berkembang ke sukan-sukan lain seperti golf dan tinju.

Bagi memenuhi permintaan tersebut, pakej “Pembiayaan Sukan Profesional” diperkenalkan. Ia menawarkan pakej menarik kepada ahli sukan berjaya. 

Pengerusi Eksekutif JBR Capital, Darren Selig mengakui pemain bola sepak merupakan pelanggan utamanya. 

“Secara asasnya, selera mereka terhadap kereta mewah tidak banyak berubah sejak beberapa tahun lalu. Tapi, apa yang menarik ialah jenama seperti Jeep, Porsche dan McLaren telah digantikan oleh Audi, Maserati dan Ford,” kata Selig.   

Google ads
Back to top button