
LELAKI RUSIA TUKAR BENTLEY CONTINENTAL GT JADI KERETA KEBAL
Sekumpulan lelaki di Rusia membuat satu projek gila apabila mengubah suai sebuah Bentley Continental GT menjad kereta kebal.
Dikenali sebagai Ultratank, kereta itu dipasang dengan tayar kereta kebal yang boleh bergerak dan berfungsi dengan baik.

Walaupun kelihatan sudah boleh bergerak, Ultratank masih ada banyak isu yang perlu diperbaiki.
Antara yang paling penting ialah mengatasi masalah regangan pada tayar yang membuatkan trek itu teralih ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.
Ini memang satu masalah besar kerana jika berlaku, ia mengambil masa yang lama untuk dibaiki.

Mereka juga mahu menambah baik aspek rangkaian kuasa dan membolehkan Ultratank mencapai kelajuan 99km/j. Kini kelajuannya cuma 50km/j.
Kelemahan-kelemahan lain yang ingin dibaiki adalah kecil. Sebagi contoh, mereka masu memasang kembali pintu supaya habuk daripada roda tidak masuk ke dalam kabin.
Pedal brek juga tidak berfungsi pada masa sekarang.