
RIDER MENANGIS DITAHAN POLIS SELEPAS CUBA LARI DAN PECUT SELAJU 294KM/J
Seorang penunggang motosikal menangis teresak-esak selepas ditahan oleh polis peronda kerana cuba melarikan diri kerana didakwa menunggang melebihi had laju.
Tentera udara, Micheal Workman, 24 tahun, tersedar bahawa dia mungkin telah menggadaikan kerjaya dan kebebasannya apabula cuba melarikan diri daripada polis selepas menunggang pada kelajuan 128km/j di zon had laju 112km/j.
Jika dia berhenti apabila diarahkan, polis peronda mungkin hanya akan memberinya saman atau amaran. Tetapi, Workman sebaliknya terus memecut laju sehingga 294km/j dan dikejar oleh polis peronda lebuh raya Oklahoma, Walter Jack.

Dia dan rakannya menunggang secara berbahaya dengan menyelit di antara kenderaan. Workman akhirnya berjaya ditahan apabila trafik semakin sibuk.
Kamera kereta Jack berjaya merakam seluruh insiden itu. Jack turut memanggilnya ‘bodoh’ dan memberitahu dia mungkin maut akibat kemalangan.
Workman kemudian mula memohon maaf, sebelum digari dan dimasukkan ke dalam kereta. Ketika itulah dia mula menangis kerana sedar dia mungkin telah membuat kesilapan yang akan mengubah masa depannya. Jack juga memberitahu dia mungkin hanya akan memberi saman jika Workman berhenti ketika diarahkan.
Dia berdepan tuduhan membahayakan nyawa orang lain dan mengelak daripada ditahan. Justeru, Workman mungkin dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sebanyak AA$5,000 (RM21,300). Tak berbaloi langsung.
- BACA: JURURAWAT DITAHAN POLIS, PECUT ZX6R 250KM/J ATAS JAMBATAN PULAU PINANG
- BACA: PECUT 209KM/J KERANA NAK ELAK DIJANGKITI VIRUS COVID-19
- BACA: WAYNE RAINEY, KENNY ROBERTS & EDDIE LAWSON LEPAS GIAN DI SUZUKA. PECUT SAMPAI 250KM/J
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R LIMITED EDITION HABIS TERJUAL DALAM MASA KURANG 4 MINIT