Buletin

BENTLEY CONTINENTAL GT LE MANS – EDISI ISTIMEWA BERSEMPENA DENGAN KEMENANGAN DI GT LE MANS

Untuk menandakan 20 tahun sejak kemenangan keenam Bentley di 24 Hours of Le Mans, dan 100 tahun sejak perlumbaan pertama yang legenda, Bentley telah mengeluarkan edisi terhad Continental GT Coupés dan Continental GTC’s. Masing-masing akan dikuasakan oleh enjin Bentley W12, enjin 12 silinder paling berjaya pada era moden. Koleksi Le Mans ini termasuklah perincian dari segi luaran dan dalaman yang unik yang menampilkan tema reka bentuk Speed 8 #7 yang memenangi Le Mans.

Pereka Mulliner mengkaji dengan teliti model Bentley Speed 8 yang menang pada tahun 2003, yang pastinya salah satu kereta lumba paling cantik pernah memenangi perlumbaan Le Mans. Model terhad ini didatangkan dalam warna hijau Verdant, dengan jalur lumba Moonbeam merentasi bonet (dan bumbung Coupé). Malah beberapa kompenan turut diberikan dengan penggayaan gentian karbon di beberapa bahagian badan kereta.

Bentley Continental GT Le Mans ini turut diberikan rim berjejari 10 batang warna hitam dengan saiz 22 inci bagi menyerlah rupa model sport yang kelihatan cukup kena. Brek pula menggunakan jenis karbon seramik yang padu serta kaliper berwarna merah bagi menghasilkan kesan warna yang berbeza.

Dan paling ketara di bahagian hadapan sudah tentulah terdapatnya lakaran nombor 7 menggunakan warna Arctica White pada bahagian gril yang besar itu. Sudah pasti nombor 7 ini memberikan signifikasi kepada Bentley Speed 8 yang menggunakan nombor 7 sewaktu memenangi perlumbaan Le Mans dahulu.

Trenkuasa Bentley edisi istimewa ini menggunakan enjin daripada 6.0 liter W12 TSI yang mampu menghasilkan kuasa 650 HP dan 900 Nm. Melampau betul tork dia. Dengan kuasa sebegini, ianya mampu memecut sehingga ke 335 km/j dan hanya 3.5 saat sahaja diperlukan dari titik pegun ke angka 100 km/j.

Walau pun model Bentley ini menampilkan rekaan yang mewah tetapi aura sporty masih lagi boleh dirasakan dengan paparan tiga Bentley Rotating Display yang menawarkan cara skrin sesentuh, dwi venir dan juga dail analog.

Untuk model yang boleh ditakrifkan sebagai model pengumpul, harga yang ditawarkan adalah $895,727 (RM3,942,990). Dan khabarnya akan ada cuma 48 unit sahaja di dunia kelak.

BACA : BENTLEY FLYING SPUR HYBRID PHEV TIBA DI MALAYSIA. 544PS/750NM, BERMULA 945K

BACA : BENTLEY CONTINENTAL GT S – 542/770NM, KEMASAN BLACKLINE SPESIFICATION, BERMULA RM1.06 JUTA

Google ads

B K

Back to top button