
JABATAN POLIS NEW YORK BELI PELANCAR KHAS, TEMBAK GPS PADA KERETA
Jabatan Polis New York mendedahkan mereka telah menerima beberapa peralatan berteknologi tinggi dalam usaha menangani masalah jenayah yang berlaku termasuklah 5 unit robot keselamatan dengan ketinggian 5 kaki dan juga satu pelancar GPS yang boleh digunakan dengan menggunakan sebelah tangan sahaja
Pelancar GPS yang dikenali dengan nama Guardian HX ini berupaya melancarkan satu peranti GPS, terdiri daripada mekanisme pelancar, upper body dan barrel. Megazin ini merupakan satu unit bateri dan juga pernati pelancar yang akan menggunakan gas tekanan tinggi untuk melancarkan peranti GPS pada hujung barrel.
Menurut Jabatan Polis New York, peranti GPS tersebut akan dipasang dengan perekat khas, berupaya terbang paada kelajuan 60km/jam dengan jarak sehingga 60 kaki. Sebaik sahaja aktif, peranti ini akan menghasilkan isyarat ping dalam sela masa 5 saat kepada penerima iaitu pihak polis bagi mengesan kedudukan penjenayah.
Jabatan Polis New York telah membelanjakan sekitar RM 86,000 bagi membeli alat ini dan ia masih di peringkat percubaan jabatan polis. Penggunaan alat ini pernah dipaparkan sebagai prop filem 2 Fast 2 Furious. Namun peralatan sebenar alat ini pernah ditayangkan oleh pengeluar, dipasang pada bampar depan kereta polis
Dalam filem 2 Fast 2 Furious, alat ini digambarkan bukan sahaja mampu mengesan penjenayah, malah ia berupaya melumpuhkan sistem elektronik kenderaan sehingga enjin kereta gagal dihidupkan. Penggunaan alat ini mengurangkan risiko kemalangan jalan raya pada pihak polis dan juga pengguna jalan raya yang lain ketika aksi kejar mengejar berlaku.



