Buletin

BENTLEY CONTINENTAL GT 2021 TAWAR 62 WARNA. BOLEH PENING KEPALA!!!

Selepas pengenalan SUV Bentayga yang baharu, Bentley kini beralih mempromosikan Continental GT.

Ia bukanlah penambahbaikan facelift pada kereta mewah ini tetapi lebih kepada memberi pilihan warna baharu.

Model tahun 2021 yang dikeluarkan dari kilang Crewe ini akan menawarkan tiga warna baharu dalam palet pilihan pembeli iaitu hijau (Viridian), Patina dan putih (Snow Quarts).

Menurut pengeluar kereta ini, penambahan warna baharu itu menjadikan pilihan warna menjadi sebanyak 62 secara keseluruhan malah ciri peribadi coupe tersebut bertambah sehingga 10 bilion.

Warna Viridian merupakan pendekatan moden yang diambil daripada warna klasik British Racing Green dengan rona zamrud gelap metalik yang diinspirasikan daripada model konsep Bentley EXP10 Speed 6.

Bagi warna Patina, ia menggabungkan elemen champagne dan sutera diinspirasikan daripada pemandangan atmosfera cantik serta aura logam yang digilap ditambah penampilan elemen hijau.

Snow Quartz pula merupakan warna putih dengan tiga lapisan cat pearlescent.

Dengan pilihan tiga warna baharu, kesemua varian Continental GT coupe didatangkan bersama pilihan bumbung kaca panoramik yang sebelum ini dikhususkan untuk model yang mendapat khidmat enjin W12.

Selain itu, ruang dalam kabin ditawarkan stereng standard Conti GT yang direka semula dengan ciri penderia kapasitif. Ia mampu mengesan sama ada pemandu memegang roda stereng. –motor1

Google ads
Back to top button