Artikel Pilihan

SIR ELTON JON NAK LELONG BENTLEY CONTINENTAL GT SPEED NI!

Nama penyanyi tersohor Britain ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Maaf, bukan sisi peribadi beliau yang ingin Brader Karrager sembangkan. Selain daripada handal menyanyi, Sir Elton John sebenarnya turut memiliki koleksi kereta peribadi yang agak handal juga senarainya.

BACA : MODEL PRODUKSI TERPANTAS BENTLEY – CONTINENTAL SUPERSPORTS, 710bhp

BACA : VEILSIDE 4509 GTR – KISAH SUPRA BERBAJU BENTLEY

Antara yang berada dalam koleksi peribadi beliau adalah Aston Martin V8 dan juga Jaguar XJ220.Dan kali ini, sekali lagi Sir Elton John berhasrat untuk melelong sebuah Bentely Continental GT Speed yang turut berada dalam senarai koleksi peribadi beliau. Kereta ini bajal dilelongkan pada  Silverstone Classic Sale tanggal 21 dan 22 Julai 2018 nanti,

Kereta Bentley Continental GT Speed keluaran tahun 2014 ini milik penyanyi Penyanyi Solo terkemuka ini hanya memiliki jarak perbatuan lebih kurang 22,000 sahaja. Kira masih rendah lagilah untuk tempoh empat tahun pemilikan Sir Elton John ini. Tapi dengan jarak yang sebegitu, sudah tentu kereta ini turut menjadi pilihan Sir Elton John untuk memandu sekitar Kota London.

Model Bentley Continental GT Speed ini adalah klimaks kepada Siri Continental keluaran Bentley di eranya dengan menggunakan enjin yang bersesaran 6.0 liter W12 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 626hp, melebihi   kereta Mclaren F1. Kelajuan maksimum yang mampu dicapai adalah 330km/j. Cukup laju untuk menumpaskan ECRL yang entah bila nak siapkan  pun tidaklah Brader Karrager ketahui.

Sebelum kereta ini dilelong kepada umum, Sir Elthon John telah pun mengarahkan agar kereta ini dibaiki pulih bagi memastikan ianya kelihatan baharu kepada pemilik seterusnya kelak. Antaranya termasuklah penggunaan kulit baharu berwarna hitam dengan padanan jalur berwarna merah sebagai kontra dan tidak lupa juga beberapa panel dari karbon fiber telah digantikan.

Dan yang paling penting, kereta ini sentiasa dijaga rapi apabila dihantar untuk menjalani pemeriksaan berkala di Bentley Berkshire dan juga H.A. Fox di Guildford. Bukan jenis hantar service kedai bawah pokok ok!

Bentley berwarna hitam ini telah diserahkan kepada Sir Elton John pada Jun 2014. Namun dengar khabar, kereta ini turut digunapakai oleh rakan sekunyitnya,  David Furnish. Dengan anggaran harga antara  £70,000 hingga £80,000, ianya sudah boleh dimiliki oleh peminat Bentley mahupun peminat kunyit. Eh! Eh!

 

Google ads

B K

Back to top button