Buletin

BERITA BAIK! AHLI PARLIMEN UJI KERETA TERBANG ESOK!

Sesi ujipandu kereta terbang atau kenderaan udara khas untuk Ahli Parlimen dijadualkan pada hari Khamis (esok) menurut kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof.

Beliau juga memberitahu, ia bukanlah sesi umum dan tiada liputan media dibenarkan.

“Ia adalah atas jemputan peribadi oleh syarikat swasta untuk menguji kenderaan udara. Ini adalah inisiatif oleh golongan muda yang ingin menggunakan inovasi untuk membantu mewujudkan industri bagi orang lain untuk dicontohi.

“Jadi, saya tidak fikir saya boleh mendedahkan di mana ia akan berlaku, kerana jemputannya tertutup seperti yang diminta oleh syarikat itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, apabila menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020, Redzuan menjemput ahli-ahli Parlimen yang berminat untuk menyertai ujian ujian kenderaan pada hari Khamis di Subang.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata beberapa isu perlu diselesaikan terutamanya soal ruang udara sebelum keputusan membuat kereta terbang nasional dimuktamadkan.

“Kami masih membahaskan ruang udara, bagaimana ia dapat diselesaikan,” katanya.

KREDIT: BERNAMA

Tags
Google ads
Back to top button