Buletin

BERMAZ LANCAR KAD MAZDA PRIVILEGE – NIKMATI DISKAUN SEHINGGA 15 PERATUS

Bermaz Motor baru-baru ini melancarkan Kad Keistimewaan Mazda (Mazda Privilege Card) sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah baik Program Pemilikan Tenang Mazda.

Kad itu menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus ke atas alat ganti tulen Mazda, kos buru (5 peratus) dan barangan rasmi Mazda dengan potongan sehingga 15 peratus.

Menjadi inisiatif yang pertama seumpamanya dalam industri, Mazda Privilege Card turut direka untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik menerusi program korporat sosial Bermaz – Mazda Medicare Fund.  

Dengan yuran pendaftaran hanya RM100 yang sah selama tiga tahun, ia bertindak sebagai sumbangan yang dikecualikan cukai kepada Mazda Medicare Fund di atas nama pemohon.

Ditubuhkan pada tahun 2014, Mazda Medicare Fund telah berjaya mengumpul dana mencecah RM900,000 yang digunakan untuk membantu rumah-rumah kebajikan, pesakit dialisis dan hospital tidak berasaskan kepada keuntungan.  

Para pemegang kad aan diberi rebat ke atas perkhidmatan selepas jualan yang diperlukan setelah jaminan kilang selama lima tahun dan pakej penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun tamat.

Pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Mazda layak untuk memohon Mazda Privilege Card dan eksklufi kepada kereta tersebut sahaja.

Buat masa sekarang, kad itu hanya boleh digunakan di bilik pameran dan pusat selepas jualan yang dikendalikan oleh Bermaz Motor Trading Sdn Bhd dan Prima Merdu Sdn Bhd.

Bermaz merancang untuk memperluaskan kegunaann kad tersebut di semua cawangan Mazda di seluruh negara tidak lama lagi.

Maklumat lanjut sila layari laman web: www.mazda.com.my

Google ads
Back to top button