Buletin

KEMPEN JALAN CERITA – RAMADAN BERSAMA TOYOTA TAWAR NILAI HEBAT

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, UMW Toyota Motor dan semua rangkaian pengedar sahnya akan mengadakan kempen “Jalan Cerita—Ramadan Bersama Toyota”.

Kempen ini menawarkan Duit Raya bernilai RM500 (bagi model-model terpilih).

Pelanggan juga diberi rebat tunai sehingga RM3,500 serta tawaran menarik lain seperti baucar perkhidmatan atau pakej aksesori percuma yang memberikan nilai terbaik

Promosi Toyota ini sah sehingga 31 Mei 2018.

Pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan boleh mempertimbangkan perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota “2-Tier Plan” yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan.

Manakala pelan pembiayaan “Toyota Drive” yang pertama seumpamanya disediakan membolehkan pelanggan jimat lebih banyak.

Untuk memberi ketenangan minda kepada pemilik, semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000km).

Untuk meningkatkan nilai Toyota anda, waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya, tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat lanjut, sila berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota atau layari laman web: toyota.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button