Buletin

BHPETROL RAIKAN PEMENANG PERADUAN RIANG RIA HARI RAYA, TERIMA HADIAH WANG TUNAI RM220,000

BHPetrol hari ini mengadakan majlis penyampaian hadiah untuk pemenang peraduan Riang Ria Hari Raya yang berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2022.

Seramai 40 orang pemenang berkongsi hadiah wang tunai berjumlah RM220,000.

  • Hadiah Utama: RM20,000 x 5 pemenang
  • Hadiah Pertama: RM10,000 x 5 pemenang
  • Hadiah Kedua: RM5,000 x 10 pemenang
  • Hadiah Saguhati: RM1,000 x 20 pemenang

Semua 30 orang pemenang menerima hadiah masing-masing daripada Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad.

Dalam majlis yang sama, BHPetrol turut menyumbang RM20,000 kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Ia merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat (CSR) BHPetrol untuk membantu komuniti kurang bernasib baik, terutama angota tentera yang sudah bersara.  

Peraduan Riang Ria Hari Raya mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pengguna di seluruh negara. Pelanggan hanya perlu berbelanja sebanyak RM30 untuk mengisi minyak atau membeli barang di BHPetromart dan mengisi boring penyertaan mudah.

Pelanggan juga akan mendapat penyertaan secara automatik apabila menggunakan aplikasi eCard BHPetrol. Aplikasi itu membolehkan pengguna menebus mata dan mendapatkan pelbagai barang dan hadiah, termasuklah minyak bernilai RM10 dengan 950 ePoints.

Google ads
Back to top button