,
Buletin

BOLEH BALIK KAMPUNG SAMBUT AIDILADHA. TIADA SEKATAN RENTAS SEMPADAN

Kerajaan mengumumkan bahawa tiada sekatan rentas negeri akan dilaksanakan sempena cuti Hari Raya Aidiladha. Berita baik itu dimumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media sebentar tadi. 

Sejak beberapa hari lalu, orang ramai mulai bimbang kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat. 

Biarpun dibenarkan merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, rakyat diminta supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 

Selain itu, kerajaan turut memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau termasuk lokasi korban yang telah dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi korban.

Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban hanya dihadkan kepada 20 orang untuk setiap ekor haiwan korban.

Jamuan makan di tapak korban tidak dibenarkan, kecuali makanan tersebut dibungkus. Jika jamuan diadakan di rumah, tetamu tidak boleh melebihi 20 orang. 

Individu yang yang masih berada dalam orises kuarantin di rumah dilarang sama sekali daripada pergi beraya, pulang ke kampung, menunaikan solat sunat Aidiladha dan menerima tetamu. – Astro Awani   

Tags
Google ads
Back to top button