Buletin

BOMBA LEWAT BERI BANTUAN GARA2 KERETA DIPARKIR DEPAN BALAI

Perkara terakhir yang anda nak buat bila parkir kereta ialah menghalang laluan anggota jabatan kerajaan melakukan tugas. Samada ambulans, polis atau bomba. Kerana mereka ini berada dalam situasi bersedia dan akan memberi bantuan kepada awam sekiranya berlaku kecemasan tanpa mengira waktu.

Tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu wanita meletakkan kereta di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam telah menghalang tugas bomba membantu mangsa kemalangan jalan raya di sini semalam.

Kejadian pukul 6 petang itu mengakibatkan empat anggota terpaksa cuba menolak dan mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vios tersebut yang diletakkan pada kedudukan gear meletakkan kenderaan (P) hampir empat minit.

Bagaimanapun, pemilik kereta tersebut berusia 30-an kemudiannya tiba sebelum mengalihkan kenderaannya.

Ketua BBP Sabak Bernam, Mohd. Saufi Zakaria ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan, ia merupakan kejadian pertama berlaku terutama dalam memberikan bantuan kecemasan.  

Menurut beliau, situasi tersebut mengakibatkan bomba menyebabkan anggotanya lewat dan tiba 12 minit untuk tiba di lokasi kemalangan yang berlaku di Jalan Haji Suhaimi, Sepintas berbanding jangka masa sebenar di bawah 10 minit.

“Tiada sebarang alasan diberikan oleh pemandu itu kerana meletakkan kereta di hadapan balai ini.

“Tindakan ini sepatutnya tidak terjadi dan berharap orang ramai lebih prihatin terhadap tugas anggota bomba tanpa mengira waktu bagi memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya di sini.

Kejadian semalam menjadi tular di laman media sosial apabila netizen berkongsi dan mengecam tindakan pemandu Toyota Vios tersebut.

KREDIT:KOSMO ONLINE

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button