Artikel Pilihan

BREK REGENERATIF MODE ONE PEDAL DRIVING TESLA MODEL Y BERMASALAH, BERISIKO TERBABAS

Memang tidak dapat dinafikan, jenama Tesla merupakan jenama automotif yang dikaitkan sebagai sebuah kenderaan pada masa depan dan pencetus kepada penggunaan kereta elektrik secara besar-besaran di kalangan pengguna.

Namun Tesla juga diselubungi dengan beberapa masalah yang kelihatan agak luar biasa melibatkan operasi pemanduan dengan menggunakan satu pedal sahaja yang juga dikenali sebagai one pedal driving. Bagi Tesla Model Y ia disertakan dengan ciri ini bagi memudahkan pemanduan dan menggalakkan brek regeneratif

Salah seorang pelanggan Tesla Model Y yang hanya mahu dikenali sebagai EM terlibat dengan kemalangan pada 3 Disember lalu ketika dia melepaskan pedal accelerator sebaik sahaja menyedari Tesla Model Y yang dipandu dalam hujan mulai terbabas ketika dipandu di dalam hujan lebat.

Sebaik sahaja pedal accelerator dilepaskan dan brek regeneratif beroperasi secara mengejut menyebabkan Tesla Model Y milik beliau mengalami masalah hilang cengkaman tayar. Walaupun dipandu dibawah halaju yang ditetapkan, Tesla Model Y milik beliau akhirnya terbabas melanggar kenderaan lain sebelum berhenti di tepi jalan tapi tidak menyebabkan beg keselamatan diaktifkan.

Kes yang melibatkan EM ini telah diutarakan dalam satu hantaran media sosial pemilik Tesla Model Y serta disokong salah seorang pemilik Tesla Model Y di Norway mengatakan ia adalah masalah yang biasa berlaku di negara mereka dan juga Kanada. Isu ini menyebabkan ramai pemilik Tesla Model Y lebih berhati hati ketika memandu di dalam hujan.

Tambah memburukkan keadaan apabila Tesla memilih untuk membuang ciri tetapan untuk menguatkan brek regeneratif atau mengurangkan ciri brek regeneratif bila tidak diperlukan. Ini menyebabkan Tesla Model Y terus mengaktifkan brek regeneratif diaktifkan dengan kuat.

Masalah ini juga menyebabkan Volkswagen memilih untuk meletakkan ciri brek regeneratif pada kereta elektrik mereka ID.4 sebaik sahaja pedal accelerator dilepaskan. Volkswagen hanya menetapkan kenderaan elektrik mereka hanya terus bergerak “coasting” jika pedal accelerator tidak ditekan dan pedal brek tidak digunakan.

Buat masa ini kes ini belum lagi diadukan kepada National Highway Traffic Safety Administration secara rasmi dan tiada isu panggilan balik dibuat oleh badan keselamatan itu bagi Tesla Model Y berkaitan operasi one pedal driving.

Google ads
Back to top button