TESLA DISAMAN KERANA SISTEM AUTOPILOT DAN FULL SELF-DRIVING – MACAM MANA KEPUTUSANNYA NANTI
Seorang pemilik Tesla telah memfailkan saman terhadap syarikat pengeluar kereta tersebut dan CEO Elon Musk. Saman tersebut menyatakan yang kedua defendan telah mengelirukan orang ramai tentang dakwaan keberkesanan sistem pemanduan autnomi Autopilot dan Full Self-Driving.
Laporan Reuter menyebut yang plaintif, Briggs Matsko menuduh Tesla dan Musk telah membuat dakwaan dan iklan palsu menyatakan kedua teknologi berfungsi sepenuhnya ataupun bakal beroperasi dengan sempurna dalam sedikit masa lagi. Dakwa Matsko lagi, kedua-dua Tesla dan Matsko sedar yang teknologi tersebut gagal berfungsi dengan baik dan membuatkan kenderaan seperti Model 3 dan Model S tidak selamat digunakan.
Matsko menyambung lagi yang semua dakwaan dan iklan tersebut bertujuan menonjolkan imej positif EV, menarik minat pelabur, menaikkan angka jualan, menaikkan harga saham, mengelak kebangkrapan dan memastikan Tesla menjadi pemain utama dalam segmen EV.
Tesla masih belum mampu menghasilkan atau jauh dari mampu untuk menghasilkan kereta dengan pemanduan autonomi, sambung Matsko. Beliau sendiri telah membayar tambahan USD5,000 untuk kelengkapan Enhanced Autopilot pada Model X 2018 beliau.
Saman yang difailkan di San Francisco menuntut agar gantirugi diberikan kepada pelanggan yang membeli ataupun menyewa model-model Tesla sejak 2016 yang dilengkapi dengan Autopilot, Enhanced Autopilot dan Full Self-Driving. Malah saman tersebut menyatakan pelanggan yang menerima software update terdedah kepada bahaya bil kenderaan mereka dipandu ke arah bertentangan aliran trafik, gagal membelok dan melanggar lampu isyarat merah.
Tesla tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung dakwaan tersebut. Bukan sesuatu yang pelik kerana mereka telah menutup bahagian media mereka sejak 2 tahun lepas.
Kedua teknologi tersebut menjadi kontroversi sejak dilancarkan. Autopilot terutamanya didakwa tidak selamat dan tidak berfungsi seperti sepatutnya. Tesla dan Musk bagaimanapun sentiasa mempertahankan sistem mereka dan menyatakan pemandu tidak memahami apa yang mampu dan tidak mampu dilakukan oleh sistem mereka.
Walaupun namanya Autopilot is sebenarnya cuma bertaraf Level 2bagi sistem autonomi. Maksudnya pemandu masih perlu memegang stereng dengan kedua-dua belah tangan pada sepanjang masa.
Sistem tersebut membolehkan kereta memecut dan menekan brek pada laluan yang dipilih. Full Self-Driving pula ialah sistem Autopilot yang dinaiktaraf dan mampu mematuhi papan tanda jalan dan menukar lorong tanpa bantuan pemandu.
Level 5 bermaksud tiada campur tangan pemandu diperlukan dan masih boleh diambil alih bila diperlukan. Teknologi ini sebenarnya belum wujud buat masa sekarang. Tahap tertinggi yang dicapai sekarang ialah Level 3 Honda adalah syarikat pengeluar kenderaan pertama yang berjaya mencapainya secara rasmi. Power2.