Artikel Pilihan

ENJIN 1200CC 3 SILINDER TURBO PURETECH, 130 KUASA KUDA DAN 230NM TORK

PureTech Engine yang dihasilkan oleh kumpulan Peugeot sebenarnya diasaskan daripada komponen enjin yang sama dengan enjin aspirasi normal 3 silinder. Hasilnta ketika membangunkan enjin 3 silinder turbo ini, hampir 40% komponen yang digunakan adalah sama dengan enjin NA

Bagi enjin turbo 1200cc 3 silinder ini, terdapat 2 tetapan kuasa yang dihasilkan samaada 110 kuasa kuda ataupun130 kuasa kuda yang dibezakan dengan cara talaan yang berbeza. Ketika enjin ini dihasilkan ia perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah digazetkan seperti:

1. mengurangkan pelepasa gas karbon dioksida

2. mengekalkan kuasa Dan member ikan keseronokan pemanduan

3. boleh diharap Dan member ikan penjimatan bahan api yang bagus

4. mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida

Bagi mencapai semua objektif di atas, jurutera telah memberikan fokus kepasa sistem pembakaran dengan mengaplikasikan penggunaan sistem suntikan bahan api terus bertekanan tinggi sehingga 200 bar diposisikan pada bahagian tengah silinder

Malah fokus juga diberikan kepada bentuk semburan bahan api, berapa semburan per lejang (dalam enjin ini boleh dibuat sehingga 3 semburan dalam setiap lejang), dan tekanan yang optimum bagi menghasilkan pembakaran paling bersih dengan jumlah petrol yang minima.

Hasilnya penggunaan bahan api dan kadar pencemaran telah menurun disamping penggunaan sistem pemasaan injap VVT-i pada injap kemasukan dan juga injap ekzos. Rekaan aci engkol, offset cylinder bore dan juga aci sesondol yang dipacu dengan penggunaan timil belt direndam dalam minyak enjin juga dibuat bagi merendahkan geseran komponen enjin

Kaedah semburan Diamond Like Carbon pula dibuat pada bahagian dalam silinder bagi memastikan geseran antara piston, pin dan tapet juga dikurangkan sehingga 30% berbanding dengan enjin yang lama. Hasilnya enjin Puretech berjaya mengurangkan 21% penggunaan bahan api dan pelepasan gas karbon dioksida

Secara purata, enjin 1.2 Puretech e-THP berupaya memberikan bacaan sekitar 21.74km/liter bagi setiap liter petrol dengan penggunaan transmisi manual 6 kelajuan serta membebaskan 107 g/km gas karbon dioksida

Sistem turbo pula menggunakan unit baru yang direka khusus dengan kecekapan tinggi yang berputar sehingg 240,000 RPM. Turbo ini membantu enjin menjana sehingg 230Nm tork seawal 1750 RPM, dengan hampir 95% tork boleh didapati antara 1500-3500 RPM.

Untuk rekaan blok enjin, beberapa ciri rekaan telah diberi tumpuan oleh jurutera termasuklah:

1. kepala silinder menggunakan aloi aluminium dan proses pembuatan yang sama dengan enjin turbodiesel

2. Blok silinder dihasilkan daripada aloi aluminium dengan proses die cast secara vacum dan juga diberikan rawatan haba bagi menguatkan struktur blok

3. aci engkol dan rod penyambung dihasilkan daripada keluli bagi menahan kuasa tork enjin yang dihasilkan. Ia merupakan kaedah yang sama bagi penghasilkan enjin 1600cc THP 270 yang digunakan oleh Peugeot RCR R

Ketika dilancarkan dulu, enjin Puretech 1200cc 3 silinder turbi ini telah diuji secara intensive dengan masa ujian mencecah 25,000 jam. Enjin ini pula diuji terus atas jalan raya dengan jarak perbatuan mencapai 1.6 juta kilometer termasuklah di Malaysia

Google ads
Back to top button