Motosikal

BROUGH SUPERIOR SS100 MULAKAN PRODUKSI

Jentera ini melakukan debut dunia pada acara EICMA di Milan pada tahun 2013 sebagai sebuah modek konsep.

Brough-Superior-SS100-mekanika (3)

Jenama motosikal dari Britain yang telah diberi nafas baru itu nyata membuatkan orang ramai teruja. Apatah lagi dengan perancangannya untuk kembali ke industri motosikal dan perlumbaan Moto2.

Selepas hampir dua tahun setengah, Brough Superior SS100 akhirnya sah memasuki saluran produksi. Ia bakal ditawarkan dalam tiga kemasan iaitu tradisional, racing full black dan titanium.

Brough-Superior-SS100-mekanika (6)

Direka oleh firma Boxer Design, Brough Superior SS100 dilihat menggunakan rekaan dan proinsip estetik lama. Tetapi dibina dengan teknologi tercanggih. Sebagaimana yang boleh anda lihat, garis-garis klasiknya dikekalkan.

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin V-Twin 88° bersesaran 997cc. Enjin itu diletakkan dengan kemas pada kerangkan yang dibina oleh Akira. Brough Superior SS100  menggunakan tetapan suspensi seperti double wishbone gaya Fior atau Hossak yang mengasingkan pergerakan brek dan suspensinya.

Brough-Superior-SS100-mekanika (2)

Roda hadapan dipasang dengan empat brek seramik Beringer yang meniru rupa sistem brek gelendong model Brough lama.

Mula dijual pada tahun ini di pasaran Eropah, Brough Superior SS100 ditawarkan pada harga €50,000 (RM280,000) seunit!

Google ads
Back to top button