Motosikal

PROMOSI HONDA RS150R – CEPAT, NANTI HABIS!!

Terlepas pandang pula ada promosi ‘King’ baru dalam gelanggang moped tempatan. Apa lagi kalau bukan Honda RS150R. Boon Siew Honda cawangan Kuala Lumpur sebenarnya sudah mengadakan promosi tempahan RS150R bermula 20 Jun hingga 30 Jun 2016.

Honda-RS150R-promo-mekanika (1)

Situasi ini agak unik kerana ia dilakukan secara konvensional. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk melayakkan pembeli mendapat kemeja-T percuma. Mereka mestilah membuat tempahan sehingga 30 Jun ini.

Honda-RS150R-promo-mekanika (2)

Langkah 1

Tempah model RS150R di mana-mana pengedar sah Honda di sekitar Lembah Klang

*pautannya di sini: http://boonsiewhonda.com.my/english/impian-honda-shop.html

Langkah 2

Rakam ‘selfie’ atau bergambar dengan aksi paling menarik bersama Honda RS150R yang dipamerkan di Boon Siew Honda Kuala Lumpur.

Langkah 3

Muat naik gambar anda ke laman Facebook dengan hashtag #RS150R

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Boon Siew Honda Kuala Lumpur:

Alamat: 51 & 53, Jalan Rimbunan Raya 1, Laman Rimbunan, Jalan Kepong, Taman Kepong 52100 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-6259 3516 / 03-6259 1401

Google ads
Back to top button