
CABARAN PEV (PERSONAL ELECTRIC VEHICLE) PERTAMA & BAZAAR HIJAU YANG DIKUASAKAN OLEH KENDERAAN ELEKTRIK (EV) DI MALAYSIA!! ADA PESTA PERJUMPAAN KENDERAAN ELEKTRIK (EV)??!!
Topik mengekalkan kelestarian alam sekitar semakin menjadi bualan hangat ketika ini. Syarikat pembangunan hartanah terkemuka, EcoWorld turut bergiat aktif dalam mempromosikan kediaman dan komuniti yang lebih mesra alam.
Bersempena dengan sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, #AnakAnakMalaysia 2023 dari EcoWorld kini kembali dengan tema #ActionGreeneration yang bertujuan untuk menggalakkan semua lapisan masyarakat agar mula melindungi alam sekitar kita dengan pelbagai kaedah atau aktiviti yang boleh dilaksanakan secara harian.
Kesemua aktiviti menarik ini akan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 9 & 10 September 2023, bermula dari jam 6PM hingga 11PM, bertempat di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam!
Electro Blitz Challenge – Cabaran PEV Pertama di Malaysia!


Alami atmosfera pengembaraan yang menyeronokkan di Cabaran Electro Blitz nanti! Borang Pra-pendaftaran akan disediakan dengan pelbagai kategori yang direka khas mengikut citarasa anda.
Meskipun anda hanya penonton,denyutan nadi anda pasti akan berdegup lebih laju semasa menyaksikan cabaran ini! Ayuh ke sana untuk memberikan sokongan dan semangat kepada para peserta di samping menikmati acara ini bersama!
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh mengikuti halaman Facebook TREX Bike Park at Grandeur Labs.
Ketuk-Ketuk Festival dari RIUH – Pertama Kali Bazaar Hijau Yang Dikuasakan Oleh Kenderaan Elektrik (EV)

Antara aktiviti menarik yang akan berlangsung semasa acara itu termasuklah Green Bazaar yang dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EVs) yang ditaja oleh Yinson GreenTech, melalui ciri Vehicle to Load.
Green bazaar mempunyai lebih daripada 40 vendor yang menjual pelbagai produk mesra alam, bengkel bertemakan Eco, aktiviti untuk kanak-kanak, persembahan secara langsung dan anda juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah yang menarik*!
Pesta Perjumpaan Kenderaan Elektrik (EV) pada 9 September 2023

Bagi sesiapa yang berminat dengan teknologi EV, acara inimerupakan tontonan wajib anda! Bersedia untuk menyaksikan pelbagai jenama EV mempamerkan kebolehan dan reka bentuk kereta mereka di sana! Bukan itu sahaja, kita juga akan ada ada persembahan Tesla Lighting!!! Mesti syok!
Pelbagai Jenis Makanan & Minuman di Grandeur Labs!

Syurga makanan di Eco Grandeur! Ada pelbagai jenis makanan & minuman yang ada di sana, jadi anda tak perlu risau tentang makan malam! Ada Nando’s, Texas Chicken, Andra by Gula Cakery, Sushi King, Ayam Penyet, Samat Thai Restaurant, IIaoIIao, Starbucks, Coffee Bean dan banyak lagi!!!
Jangan lepaskan peluang ini dan hadir beramai-ramai! Jumpa anda pada 9 & 10 September 2023 nanti di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam! Festival bermula dari jam 6PM hingga 11PM!
Rasai Kegembiraan #AAM2023 di Galeri Jualan EcoWorld
Anda bukan sahaja dapat merasai kegembiraan #AAM2023 di Eco Grandeur, malah anda juga boleh melawat galeri jualan EcoWorld yang lain untuk mendapatkan pengalaman hijau yang luar biasa menerusi program #AnakAnakMalaysia 2023!
Tandakan tarikh-tarikh menarik di bawah di kalendar anda:
Lokasi: Eco Tropics @ Pasir Gudang, Johor
Tarikh: 25 Ogos 2023 – 27 Ogos 2023
Masa: 3PM – 10PM
Acara: Bazaar Lokal, Pameran Kelestarian dan lain-lain
Lokasi: Eco Spring @ Tebrau, Johor
Tarikh: 31 Ogos 2023 – 3 September 2023
Masa: 4PM – 11PM
Acara: Bazaar Merdeka, Aktiviti Kanak-Kanak dan Persembahan
Lokasi: Eco Galleria @ Iskandar Puteri
Tarikh: 31 Ogos 2023 – 3 September 2023
Masa: 12PM – 10PM
Acara: #AAM Karnival, “Taste of Malaysia” Bazaar Makan-Makan, Supa Dupa dan lain-lain
Lokasi: Eco Galleria @ Iskandar Puteri
Tarikh: 7 September 2023 – 10 September 2023
Masa: 10AM – 10AM
Acara: City Gardening Event (Malaysia Largest Plant Mega Sales) & Mercedes-Benz EV Show
Lokasi: Eco Horizon @ Bandar Cassia, Pulau Pinang
Tarikh: 9 September 2023 (Hari Pertama)
Masa: 2PM – 4PM
Acara: Pertandingan Fashion Show Kanak-Kanak
Tarikh: 10 September 2023 (Hari Kedua)
Masa: 11:30AM – 2PM
Acara: Persembahan dari BBK Channel & Pertandingan Melukis dan Mewarna untuk Kanak-kanak
Lokasi: Eco Ardence @ Setia Alam, Klang Valley
AAM2023 – Mekanika – 28 Aug
Tarikh: 9 September 2023 – 10 September 2023 Masa: 10AM – 6PM
Acara: “Cardboard Playland”
Lokasi: Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary, Klang Valley
Tarikh: 23 September 2023 – 24 September 2023 Masa: 11AM – 8PM
Acara: “Cardboard Playland”
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/AAM2023_AutoBuzzArticle *Tertakluk Terma & Syarat
#AnakAnakMalaysia, #ActionGreeneration, #EcoWorld



