Buletin

RIMBA RAID TAMAN NEGARA 2023: MFORCE SASAR RAIH PODIUM, PERTARUHKAN JENTERA WMOTO SX2-300 DAN MOTO MORINI X CAPE 650X

Mforce baru-baru ini mengumumkan bahawa dua jenteranya, WMOTO SX2-300 dan Moto Morini X-Cape 650X bakal beraksi di Rimba Raid Taman Negara 2023, berlangsung dari 31 Ogos hingga 3 September.

Pada tahun ini, Moto Morini X-Cape 650X akan ditunggang oleh pelumba yang sama iaitu Muhamad Nazmee bin Ramlee manakala, WMOTO SX2-300 ditunggang oleh Muhamad Amirul bin Ramlee.

Menerusi satu sidang media di KL Bike Show 2023, Mforce tidak mahu berasa terlalu selesa dengan keputusan memberangsangkan tahun lepas malah bakal menggunakan strategi baharu untuk memastikan kedua-dua model meraih tempat di podium.

Tahun lepas, WMOTO SX2-300 berjaya meraih tempat ketujuh keseluruhan bagi kategori C manakala Moto Morini X-Cape 650X menamatkan perlumbaan dengan kedudukan ke-15 keseluruhan atau pelumba Malaysia yang ketiga untuk kategori B.

Tambahan pula, para pelumba ini dijangka bakal menghadapi laluan perlumbaan lebih mencabar dan panjang iaitu lebih kurang 250km berbanding tahun lepas, cuma 150km sahaja.

Oleh itu, perancangan lebih teliti perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan berada di pihak Mforce.

Di Sidang media pada tersebut turut menyaksikan termeterainya perjanjian di antara dua pihak di mana pelumba WMOTO SX2-300, Muhamad Amirul bin Ramli menandatangi perjanjian tersebut dan ditandatangani oleh Encik Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Mforce.

Manakala untuk Moto Morini, pelumba Muhamad Nazmee bin Amirul menandatangi perjanjian bersama dengan Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Moto Morini iaitu Ethan.

Google ads
Back to top button