CASIO X SELANGOR FC: LANCAR JAM TANGAN EDISI KHAS TERHAD ‘LAMBANG KEBANGGAAN’
Casio Malaysia Sdn. Bhd. telah melancarkan kolaborasi pertama mereka bersama Selangor Football Club (SFC) melalui jam tangan edisi terhad “Lambang Kebanggaan” DW-5600SFC24-4.
Sejak menjadi penjaga masa rasmi SFC pada 2023, CASIO G-SHOCK kini memperkukuhkan kerjasama ini dengan memperkenalkan model khas yang mengiktiraf sokongan berterusan terhadap pasukan bola sepak tersebut.
Nama “Lambang Kebanggaan” diilhamkan daripada moto SFC, “Merah Kuning Lambang Kebanggaan”, yang melambangkan kesatuan dan kebanggaan antara pemain, jurulatih, peminat, pengurusan, serta kakitangan.
Kolaborasi ini menggabungkan warna ikonik merah dan kuning, mencerminkan bendera negeri Selangor.
Sentuhan warna ini pada DW-5600 menonjolkan reka bentuk berani G-SHOCK sambil mencerminkan daya tahan yang sinonim dengan SFC.
Jam tangan ini mengekalkan DNA klasik G-SHOCK dengan bentuk petak ikonik, kini dalam rona merah terang dengan logo SFC menghiasi bezel dan tali.
Keunikan lain adalah logo kelab yang terpancar apabila lampu LED diaktifkan, menjadikannya item koleksi istimewa untuk peminat.
Jam tangan ini hanya dikeluarkan sebanyak 1,000 unit di Malaysia. Selain jam tangan, pakej khas termasuk kotak dan beg bertali yang dihiasi logo G-SHOCK dan SFC turut disediakan, menambahkan nilai eksklusiviti kepada peminat.
Berharga RM495, “Lambang Kebanggaan” DW-5600SFC24-4 boleh didapati di laman web rasmi Casio dan SFC, Lazada, dan Shopee.
Bagi mereka yang terlepas, jam tangan ini juga akan dijual di kedai G-SHOCK dan pengedar sah Casio terpilih mulai 7 Disember 2024.
Jam tangan edisi terhad ini bukan sahaja meraikan kehebatan SFC tetapi juga menjadi cara untuk peminat menunjukkan sokongan mereka kepada pasukan Red Giants.