Buletin

PORSCHE MACAN EV RASMI DILANCARKAN: EMPAT VARIAN, JARAK GERAK 641KM, HARGA BERMULA RM430K

Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengedar rasmi Porsche di Malaysia, telah memperkenalkan generasi baharu SUV Porsche Macan untuk pasaran tempatan.

SUV elektrik ini ditawarkan dalam empat pilihan varian dengan harga seperti berikut:

  • Macan: RM430,000
  • Macan 4: RM445,000
  • Macan 4S: RM525,000
  • Macan Turbo: RM635,000

Macan EV lebih besar berbanding pendahulunya, dengan panjang 4,784mm, lebar 1,938mm, dan tinggi 1,622mm.

Dari penggayaan, ia tampil dengan lampu utama terpisah, bar lampu LED belakang melintang, dan spoiler adaptif tersembunyi.

Dengan sistem aerodinamik Porsche Active Aerodynamics (PAA), SUV ini mencapai pekali seretan serendah 0.25.

Di dalam kabin, ia dilengkapi skrin kluster 12.6-inci, skrin tengah 10.9-inci, serta pilihan skrin tambahan untuk penumpang hadapan. Sistem infohiburnya menggunakan Android Automotive OS dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ruang kargo pula sebesar 540 liter, boleh diperluaskan hingga 1,348 liter dengan tempat duduk belakang dilipat, serta ruang tambahan 84 liter di bahagian frunk.

Setiap varian menawarkan prestasi yang memukau:

  • Macan: 340PS/563Nm (boost hingga 350PS), 0-100 km/j dalam 5.7 saat, kelajuan maksimum 220 km/j.
  • Macan 4: 387PS/650Nm (boost hingga 408PS), 0-100 km/j dalam 5.2 saat, kelajuan maksimum 220 km/j.
  • Macan 4S: 448PS/820Nm (boost hingga 516PS), 0-100 km/j dalam 4.1 saat, kelajuan maksimum 240 km/j.
  • Macan Turbo: 584PS/1,130Nm (boost hingga 639PS), 0-100 km/j dalam 3.3 saat, kelajuan maksimum 260 km/j.

Motor elektrik tunggal memacu roda belakang pada varian asas, manakala tiga varian tertinggi menggunakan sistem pacuan semua roda dengan motor berkembar.

Dilengkapi dengan pek bateri 100kWh jenis NMC, jarak gerak maksimum untuk setiap varian adalah:

  • Macan: 641 km
  • Macan 4: 613 km
  • Macan 4S: 606 km
  • Macan Turbo: 591 km

Untuk pengecasan pula, pengecasan AC 11kW memerlukan 10 jam untuk pengecasan penuh, manakala pengecasan pantas DC 270kW boleh mencapai 10-80% dalam hanya 21 minit.

GALERI:

Google ads
Back to top button