Artikel Pilihan

CEO VOLKSWAGEN AKUI KESILAPAN GANTIKAN BUTANG FIZIKAL DENGAN BUTANG SESENTUH

Volkswagen Golf generasi ke lapan mungkin kereta sport yang lebih baik berbandiong dengan Golf generasi ke 7, namun ramai peminat mengkritik rekaan dalamannya yang terasa seperti kosong. Sebagai contoh tombol gear yang sedap digenggam digantikan dengan suis sebesar ibu jari kucing.

Anda nak tukar tetapan penyaman udara sewaktu memandu? Selamat mencuba sistem suis sesentuh kapasitif yang tertanam dalam sistem multimedia ketika memandu. Anda mungkin berisiko untuk mengalami kemalangan jika tidak menumpukan perhatian ketika memandu

Tapi berita baiknya ialah Volkswagen hari ini mengakui adalah menjadi kesalah besar dalam ergonomik dan rekaan apabila mereka memutuskan untuk mengosongkan ruang dalaman Golf dari sebarang bentuk suis fizikal.

CEO Volkswagen Thomas Schäfer berkata model SUV terbaru mereka iaitu Tiguan telah direka semula dan menampilkan lebih banyak butang berbanding dengan model Volkswagen yang lain. Keputusan CEO lama iaitu Herbert Diess dengan rekaan “buttonless” sedikit sebanyak merosakkan imej dan jenama Volkswagen

Keputusan untuk menggunakan suis kapasitif ini telah menyebabkan ramai pembeli Volkswagen menjadi berang kerana mereka memerlukan beberapa lapisan arahan pada sistem Multimedia hanya untuk melaksanakan arahan mudah seperti membuka lampu, mengaktifkan sistem pandu arah dan juga menukar stesen radio

Thomas juga mengakui mereka perlu memikirkan beberapa pilihan sepertu penggunaan butang atau suis dan juga menghasilkan semua rekaan butang dengan lebih menarik. Proses ini akan mengambil lebih banyak masa dalam pembangunan model baru tapi bagi membetulkan semua kesilapan yang dibuat pada model lama, ia perlu dilakukan oleh jurutera Volkswagen

Selain Tiguan, Volkswagen ID.2 juga adalah salah satu contoh pendekatan rekaan butang baru yang digunakan oleh pasukan Volkswagen. Semu butang diletakkan pada lokasi yang mudah dicapai, intuitif iaitu tidak memerlukan pemandu melihat butang bagi mengoperasikannya dan juga sedap untuk ditekan seperti yang telah diaplikasikan oleh Mazda

Google ads
Back to top button