Buletin

RANGE ROVER EVOQUE 2024 – EMPAT VARIAN, 309HP, HARGA BERMULA RM252 SEUNIT

Range Rover Evoque 2024 akhirnya tiba di pasaran Eropah dengan harga jualan sekitar AS$54,411 (RM252,630). Ia tersedia dalam empat varian iaitu S, Dynamic SE, Dynamic HSE dan Autobiography.

Sekali imbas, Range Rover Evoque 2024 kelihatan sangat mirip dengan model 2023 tetapi sebenarnya ada perubahan dari segi rupa dan perincian lain.

Secara visual, ia dipadankan dengan gril corak gaya mesh baharu, berbentuk segi empat tepat nipis berbanding heksagon tidak sekata.

Di kedua-dua sisi gril terdapatlampu LED Pixel 1 baharu, menampilkan LED tiga kali ganda lebih banyak daripada sebelumnya. Tambahan pula, setiap lampu mengandungi empat modul piksel. Di Eropah, lampu ini adalah standard pada trim Dynamic HSE serta Autobiography.

Selain itu, model baharu ini mempunyai warna luaran baharu:

  • Tribeca Blue
  • Corinthian Bronze
  • Arroios Grey

Di bahagian dalam, Range Rover Evoque 2024 menerima skrin sentuh bersaiz 11.4-inci, sistem infotainmen Pivi Pro 2 dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sementara Amazon Alexa 10 disepadukan untuk kawalan suara.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi kamera, sistem JLR, dikatakan paling canggih dalam kelas Evoque. Kamera keliling 3D dilengkapi dengan kamera ClearSight serta kamera pandang belakang dalaman.

Pembuat kereta itu juga berkata sistem Cabin Air Purification Plus adalah antara yang terbaik dalam kelasnya, di mana ia tersedia buat kali pertama di Evoque.

Beralih kepada kuasa, Evoque 2024 dijana oleh enjin gas hibrid ringan 1.5 liter tiga silinder, menghasilkan 160hp atau 309hp menerusi sistem hibrid plug-in.

Manakala hibrid Mild-hybrid 2.0 liter, menghamburkan kuasa 249hp menerusi petrol dan menjana 163hp atau 204hp dengan diesel.

GALERI:

Google ads
"
"
Back to top button