
CHEVROLET BLAZER EV.R NASCAR CONCEPT – DARI REKAAN SUV KE JENTERA LITAR LUMBA
Chevrolet telah memperkenalkan model konsep Blazer EV. R prototaip NASCAR menjelang perlumbaan Daytona 500. Pengenalan model konsep Blazer EV. R adalah merupakan contoh yang menunjukkan bahawa Chevrolet terus menguji, mempelajari dan meneroka teknologi baharu yang boleh digunakan pada kedua-dua program perlumbaan mahukan model produksi massa.
Menurut Eric Warren selaku Pengarah Eksekutif untuk Global Motorsport General Motors walau pun mereka akan terus berlumba dengan teknologi V8 yang sudah terbukti untuk menang dalam perlumbaan siri NASCAR bertahun lamanya tetapi mereka akan berterusan untuk mencari cara untuk meningkatkan gabungan kuasa, ketahanan dan kecekapan untuk memindahkan pembelajaran dari litar lumba ke bilik pameran.

Ternyata penghasilan model konsep Blazer EV.R yang diinspirasikan daripada model jalanan SUV Blazer cukup memukau mata. Dengan kit badan yang lebih lebar bagi memuatkan tayar Goodyear Racing Eagle yang kelihatan cukup garang.
Terima kasih kepada GM Design telah berjaya menghasilkan rekaan dan penggayaan kepada Blazer EV.R daripada rupa model produksi Chevrolet Blazer. Yang pasti rekaan konsep Blazer EV.R ini jauh lebih rendah dan lebar untuk memberikan aerodinamik yang lebih baik.

Walau pun ianya berkongsi nama dengan model jalanan Chevrolet Blazer, akan tetapi ianya sungguh berlainan ibarat langit dan bumi. Model konsep ini ia dibina berdasarkan casis Next Gen NASCAR dan dilengkapi dengan bateri penyejuk cecair 78 kWj yang menyalurkan kuasanya kepada tiga motor elektrik enam fasa. Malah Chevrolet turut bekerjsama dengan NASCAR dan pengeluar lain dari segi teknikal bagi menghasilkan model konsep Blazer EV.R ini.
Secara keseluruhan, model konsep ini mampu menghasilkan kuasa 1,300 HP yang bukan kepalang, dihantar melalui sistem pacuan semua roda yang boleh diprogramkan.

Jika ada beranggapan bahawa model ini hanyalah konsep semata, anda mungkin tersilap. Jurutera GM sebetulanya telah pun berpeluang menguji model konsep ini di atas litar bagi melihat prestasinya di Carolina Motorsports Park, South Carolina.
Dan hasilnya cukup memberangsangkan.
BACA : CHEVROLET BLAZER EV – EV BERPRESTASI TINGGI YANG SPORTY
BACA : CHEVROLET BLAZER – SUV/CROSSOVER BAHARU YANG MENGANCAM