Buletin

KOLEKSI REKAAN DIILHAMKAN DARI CHINA – REKAAN KHAS DARIPADA MULLINER YANG UNGGUL

Divisyen istimewa daripada Bentley, Mulliner telah menghasilkan pelbagai koleksi khas unik yang telah ‘Diilhamkan oleh China’. Kaya dengan inspirasi budaya, lapan koleksi berbeza telah dihasilkan dengan spesifikasi yang dipesan lebih dahulu menggunakan ketukangan tangan Bentley yang terkenal untuk menggabungkan warna, tekstur dan keanggunan reka bentuk.

Lapan koleksi membentuk elemen yang sangat eksklusif dalam pasaran China daripada Bentley. Pasukan reka bentuk bespoke Mulliner ini telah menghasilkan setiap koleksi dengan perhatian yang teliti terhadap perincian, meningkatkan setiap elemen ke tahap hasil kerja tangan yang luar biasa.

Daripada bilangan kuku pada kaki naga bersulam, kepada arah Koi Carp yang berwarna-warni kelihatan berenang di dalam kabin, setiap butiran kecil telah dipertimbangkan untuk menghasilkannya.

Hasil koleksi ini telah menggunakan model Bentayga Extended Wheelbase (EWB), Flying Spur dan Continental GT sebagai kanvas unik untuk menghasilkannya yang diilhamkan daripada haiwan, karya seni terkenal dan juga objek simbolik.

Rekaan pertama yang diilhamkan adalah ikan Koi Carp yang membawa erti keberanian dan tuah dalam China purba. Rekaan ini meliputi sulaman dan tindanan, telah dikenal pasti bahawa ikan Koi perlu berenang mengikut arah jam, kerana ini mempunyai makna dan kepercayaan simbolik, merangkumi tema nasib baik, keseimbangan dan ketabahan.

Turut dipaparkan adalah simbol no. 6 yang dianggap bertuah di China. Terdapat enam rekaan ikan ini dengan empat daripadanya diperincikan di bahagian tempat duduk.

Satu lagi hasil seni yang dihasilkan merupakan inspirasi daripada sebuah lukisan A Thousand Miles of Rivers and Mountains’ hasil karya Wang Ximeng. Ianya merupakan lukisan landskap Cina yang dihaislkan semasa Dinasti Song (960–1276).

Rekaan ini dipaparkan pada bahagian tengah  Flying Spur Azure dan mengambil inspirasi daripada biru, hijau dan emas dalam lukisan tersebut.

Satu lagi koleksi kemuncak ialah Ru Yi yang memaparkan objek hiasan tradisional Cina yang melambangkan nasib baik, kemakmuran, dan pemenuhan hajat.

Sering diberikan sebagai hadiah semasa musim perayaan, perkahwinan, hari lahir, dan Tahun Baru Cina, Ru Yi merangkumi harapan untuk kehidupan yang lancar dan berjaya. Unsur-unsur reka bentuk, terutamanya bentuk seperti awan, dipercayai mewakili langit dan membawa rahmat kepada pembawanya.

Untuk rekaan pada Flying Spur ia didatangkan dalam tiga spesifikasi warna dan semuanya termasuk objek hiasan bersulam rumit yang boleh dilihat dalam benang emas ke tempat duduk menghadap dan dipadankan dalam tindanan perak pada fascia penumpang dan plat tapak. Benang emas dilengkapi dengan konsol tengah berjalur chevron dan lencana luaran emas.

BACA : BENTLEY STATE LIMOUSINE – KENDERAAN YANG PERNAH DIGUNAKAN OLEH MENDIANG RATU ELIZABETH II

BACA : KERETA LUMBA BENTLEY SPEED SIX DIBINA SEMULA UNTUK MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA DI GOODWOOD FESTIVAL

Google ads

B K

"
"
Back to top button